Angka Korban Covid-19 Cecah 160,000 Orang Di Seluruh Dunia

- Advertisement -

ANKARA – Jumlah korban koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia terus meningkat hari ini, menyaksikan 160,518 nyawa terkorban, menurut Johns Hopkins University lapor agensi berita Anadolu.

Sementara jumlah kes jangkitan dan pesakit pulih pula masing-masing berjumlah 2,328,124 dan 594,192.

Amerika Syarikat (AS) terus menjadi negara paling teruk diancam virus maut itu dengan kes jangkitan sebanyak 734,550 dan korban melebihi 38,830 kematian.

Diikuti Itali mencatatkan bilangan kematian kedua tertinggi dengan 23,227 manakala Sepanyol merekodkan kes jangkitan kedua paling banyak iaitu melebihi 194,410.

Virus maut itu telah merebak ke 185 negara sejak pertama kali muncul di China pada Disember.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat