Persatuan Kontraktor sangkal kenyataan pegawai kerajaan benarkan Farhash monopoli projek, buat laporan polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) akan membuat laporan polis susulan kenyataan media palsu kononnya persatuan itu kecewa dengan sikap pegawai-pegawai kerajaan yang didakwa membenarkan Farhash Wafa Salvodor dan proksinya memonopoli projek kerajaan.

PKPM memaklumkan Setiausaha Agung PKBM, Ahmed Zaharani Yusof Omar akan membuat laporan polis berhubung kenyataan palsu yang tular itu.

“Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) menafikan sekeras-kerasnya kenyataan media yang tular itu.

“Laporan polis akan dibuat segera oleh Setiausaha Agung PKBM,” katanya.

Merujuk kenyataan palsu itu, PKBM didakwa mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Datuk
Seri Anwar Ibrahim kerana bersungguh-sungguh mengangkat martabat rakyat marhaen ke tahap lebih baik.

“Walaubagaimanapun, kami kontraktor Bumiputera terasa sangat kecewa dengan sikap pegawai-pegawai kerajaan terutama beberapa Ketua Setiausaha (KSU) dan anak buah mereka di bahagian perolehan dan juga pejabat-pejabat menteri kerana telah memonopoli projek-projek kerajaan kepada Farhash Wafa Salvador dan orang-orangnya.

“Contonya di Kementerian Pengangkutan (MOT), pegawai-pegawai menyatakan hampir semua projek telah
diperuntukan untuk Farhash.

“Mungkin ada benarnya penganugerahan projek bernilai RM 190.01 juta kepada Heitech Padu Berhad di JPJ melibatkan tambahan 3 kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

“Begitu juga di Kementerian Pendidikan (MOE), hampir semua projek di semu zon dikuasai oleh Farhash.

Mereka menyatakan semua KSU terpaksa akur kepada tekanan Tan Sri Dato’ Seri Zuki (KSN) dan Farhash jika mahu kekal jawatan KSU,” dakwa kenyataan palsu itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat