PRU-15: Sebelum atau selepas Julai ini – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) mungkin akan diadakan sebelum atau selepas Julai ini,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menyentuh soal jeda waktu, Zahid berkata pelaksanaan PRU-15 ia masih menghormati semangat Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai Pakatan Harapan (PH) dengan Kerajaan Persekutuan yang akan berakhir 31 Julai depan.

“Maka hal jeda waktu (timeline) kita merasakan bahawa MoU yang ditandatangani antara kerajaan dan pembangkang yang telah meletakkan datelinenya pada bulan Julai .

“Oleh itu, pilihan raya (PRU-15) sama ada mahu diadakan sebelum atau selepas tarikh itu. Pun begitu kita (UMNO) menghormati MoU tersebut.

“Walau bagaimanapun, beberapa pertimbangan politik atas suasana politik semasa akan jadi asas kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob),” katanya pada sidang media selepas ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO di WTC pada Sabtu.

Zahid yakin Perdana Menteri akan menggunakan budi bicara dan kebijaksanaan untuk menentukan tarikh PRU-15.

Hal demikian beliau menegaskan bahawa desakan PRU-15 bukannya datang daripada UMNO tetapi daripada rakyat.

“UMNO cuma menyarankan berdasarkan faktor -faktor yang ada di dalam dan luar iaitu faktor penolak dan juga faktor penarik,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Zahid menegaskan bahawa ‘poster boy’ untuk calon Perdana Menteri UMNO tidak akan menjadi fokus utama parti untuk dipromosikan.

Kata beliau, kuasa pemilihan Perdana Menteri terletak sepenuhnya di tangan Yang di-Pertuan Agong.

“Siapa calon Perdana Menteri? Apabila sampai masanya (umum). Kita ada ramai calon Perdana Menteri di sini.

“Kamu tahu kan di Johor apabila ‘poster boy’ kami (Datuk) Hasni tapi orang lain dilantik (menteri besar).

“Oleh itu untuk PRU-15 ini meskipun Ismail Sabri Perdana Menteri tapi saya tak rasa poster boy akan jadi fokus utama untuk UMNO promosikan.

“Bergantung kepada Agong untuk pilih Perdana Menteri,” ujar Zahid lagi.

Mengulas lanjut, Presiden UMNO itu menegaskan bahawa parti dan kepimpinan parti tidak menekan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO untuk mendesak PRU-15.

“Kami tidak menekan Perdana Menteri dalam perkara ini apatah lagi kita menghormati keputusan yang akan dibuat oleh Kabinet.

“Sebagaimana yang telah kita ketahui Kabinet dianggotai oleh pelbagai pemimpin parti selain daripada UMNO.

“Maka tentunya dengan kebijaksanaan yang akan diambil oleh Perdana Menteri dan saya tak nampak ada permasalahan besar jika secara konsensus.

“Kita berpendapat Kabinet akan ambil ketetapan apa yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri apabila beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat