Rafizi jalani pembedahan tulang belakang akibat slipped disc

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan beliau kini sedang dirawat di hospital untuk tempoh dua minggu lagi selepas menjalani pembedahan tulang belakang.

Dalam kenyataan di Facebook, Rafizi menjelaskan panjang lebar beliau terkena serangan jantung dalam bulan Oktober 2023.

“Saya tidak fikir ia disebabkan tekanan kerja dan seumpamanya, lebih kepada keadaan kolesterol saya yang memang tinggi sejak saya muda.

“Setelah berpuluh tahun hidup dengan kolesterol yang tinggi, sudah tentu ada saluran darah yang tersumbat.

“Alhamdulillah, prosedur untuk membuka saluran darah di jantung yang tersumbat berjalan dengan baik. Terima kasih kepada pakar-pakar dan kakitangan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang menjaga saya dengan baik.

“Di minggu ketiga Januari 2024 pula, saya kena COVID-19 (buat kali pertama). Saya tidak pernah kena COVID-19 sebelum itu. Akibat terlantar beberapa hari, tekanan ke atas tulang belakang menyebabkan berlaku slipped disc.

“Keadaannya memuncak selepas beberapa minggu sehinggakan saya tidak lagi boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Sakitnya memang ke langit,” jelas Timbalan Presiden PKR itu pada Isnin.

Mengulas lanjut, Rafizi memaklumkan diagnosis daripada MRI menunjukkan tulang belakang beliau mempunyai masalah stenosis, iaitu ada tekanan (compression) dari slipped disc (yang menekan saraf dari depan) dan dari ligamen yang memegang tulang belakang (yang menekan saraf dari belakang) sehingga ruang saraf mengecil dan ditekan berpanjangan.

“Alhamdulillah, pembedahan untuk memotong sebahagian ligamen dan slipped disc (untuk membuka ruang kepada saraf) berjalan baik dan saya telah boleh berjalan semula.

“Terima kasih kepada pakar-pakar dan kakitangan Pusat Perubatan UPM yang merawat saya,” ucap Rafizi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat