Umno nafi ada perbincangan tak rasmi hidupkan semula MN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Tiada usaha ke arah menghidupkan semula kerjasama Umno dan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) seperti disarankan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan sebaliknya menegaskan, yang berlaku sudah berlaku.

“Seperti saya sebut sebelum ini, jika kita terus bersama Perikatan Nasional (PN) dan PAS, maka Umno sudah tidak ada peluang lagi untuk kembali menang kerusi di empat negeri, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kerana siapa yang menang akan terus kekalkan kerusi itu.

“Ada kerusi Umno yang PAS sudah menang (di empat negeri itu). Kerjasama bukan tak pernah wujud kerana pada pilihan raya negeri Melaka, Sabah dan Johor pun kita pernah tawarkan kepada PAS (kerjasama), namun semua ditolak PAS.

“Bayangkan jika mereka terima kerjasama itu sebelum ini, tapi mereka yang menolaknya,” katanya di Kangar, lapor BH, semalam.

Sebelum ini, Hashim dilaporkan berkata, beliau yakin sudah wujud perbincangan secara tidak langsung di antara pimpinan PAS dengan Umno ke arah usaha menghidupkan semula kerjasama kedua-dua parti melalui MN.

MN yang diasaskan PAS dan Umno kini hanya bergerak sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selepas kedua-dua parti saling menuduh satu sama lain mengabaikan piagam yang dipersetujui.

Hubungan terus tegang apabila PAS memilih menyertai Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Bersatu, yang dianggap parti serpihan Umno.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat