Singkir Tajuddin jadi pengarah pilihan raya, desak pimpinan UMNO – Laporan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ura-ura mengatakan ramai pimpinan UMNO “tidak senang” dengan sikap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan raya parti.

Memetik laporan MalaysiaNow, sumber UMNO berkata, ramai pemimpin “tidak senang” dengan sikap pengarah pilihan raya parti itu itu yang secara lantang mengkritik biro-biro lain secara terbuka dan gagal untuk mempertahankan sekutu parti.

Tajuddin merupakan pengarah pilihan raya UMNO yang dilantik pada penghujung tahun lepas bakal menyaksikan dirinya disingkirkan.

“Usaha memujuk PAS untuk kekal bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) juga dilihat semakin gagal apabila parti itu lebih berminat untuk bersama dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN),” kata seorang pimpinan tertinggi UMNO memetik portal itu dengan syarat tidak dinamakan.

MN merupakan piagam yang ditandatangani antara UMNO dan PAS pada 2019, ketika kedua-dua parti Melayu itu berada dalam pihak pembangkang, mengakhiri permusuhan selama berdekad-dekad lamanya.

Beberapa pemimpin UMNO yang bersekutu dengan bekas presiden, Datuk Seri Najib Razak mendesak PAS untuk mengutamakan kerjasama mengikut piagam MN, akan tetapi parti Islam itu berulang kali menyatakan mereka komited untuk mengukuhkan kerajaan PN.

Difahamkan Tajuddin akan disingkirkan sebagai pengarah pilihan raya UMNO tidak lama lagi.

“Tidak mustahil akan ada jawatan baru bagi mengawal selia semua strategi parti itu kelak dan pada masa sama mengambil alih tugas Tajuddin dalam membuat sebarang keputusan,” kata sumber itu lagi.

Difahamkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan bermesyuarat petang ini di Janda Baik dan akan mengumumkan berhubung perkara ini.

Tajuddin ketika dihubungi tidak menolak spekulasi itu dan tidak keberatan menerima sebarang keputusan ditetapkan parti.

“Saya tiada masalah buatlah kerja kalau ada lantikan yang boleh buat kerja, membantu Umno untuk buat kerja-kerja pilihan raya lagi bagus. Ini saya yang buat seorang, sana sini pusing satu Malaysia pakai duit sendiri,” kata Tajuddin.

“Dialu-alukan jangan nak nama sahaja, buatlah kerja”.

November lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pelantikan Tajuddin yang merupakan sekutu rapatnya sebagai pengarah pilihan raya.

Tajuddin antara ahli Parlimen UMNO termasuk Najib, yang lantang mengkritik kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan ugutan berulang untuk menarik kembali sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN).

Jawatan pengarah dan timbalan pengarah pilihan raya kebiasaannya disandang oleh presiden dan timbalan presiden Umno.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat