Malaysia-Arab Saudi jalin hubungan strategik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Malaysia dan Arab Saudi sepakat menubuhkan Jawatankuasa Strategik Peringkat Tertinggi yang akan menjadi platform usahasama dua hala menyeluruh di peringkat Menteri Luar.

Datuk Seri Hishammuddin berkata kerjasama itu termasuk dalam aspek keselamatan politik serantau dan antarabangsa; pemulihan ekonomi pasca Covid-19; haji dan umrah; keselamatan makanan; dan perdagangan minyak sawit.

“Malaysia dan Arab Saudi amat bangga untuk terus saling mempercayai dan menghormati.

“Menerusi pertemuan semalam, saya dan Menteri Luar Arab Saudi, Yang Mulia Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkongsi tekad untuk meningkatkan hubungan Malaysia-Arab Saudi ke peringkat strategik.

“Selain itu kami juga senada untuk memupuk kerjasama lebih erat dalam bidang perdagangan dan pelaburan termasuk berkaitan teknologi dan inovasi sebagai antara usaha di era pasca Covid-19,” kata Hishammuddin. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat