Vaksin PATI lindungi komuniti lokal – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA- Pelalian Covid -19 terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) terpaksa dilakukan bagi mengelak kemungkinan mereka menjangkiti komuniti setempat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jika itu berlaku, ia dikhuatiri akan merencatkan usaha kerajaan membendung penularan Covid-19.

Sehubungan itu, katanya, pelalian ke atas PATI dijangka dibuat pada Fasa Keempat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dengan menyasarkan penggunaan vaksin satu dos.

“Melindungi semua orang sebelum dapat lindungi diri sendiri adalah konsep kita mahu guna pakai bagi melihat keberkesanan vaksinasi bagi seluruh negara,” jelas beliau. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat