Kadar upah bermaruah cara terbaik bela kebajikan rakyat – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, membela kebajikan bermula dengan kadar upah yang bermaruah.

Dalam usaha membasmi kemiskinan beliau mengusulkan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi sebagai kaedah alternatif bagi mengukur kadar kemiskinan berdasarkan dimensi keperluan asas seperti tahap pendidikan, zat makanan, bekalan air bersih dan sebagainya,sesuai dengan kenyataan hidup manusia yang hakikatnya beragam dimensi.

“Meskipun kadar kemiskinan negara dikatakan menurun dengan ketara ketimbang lima dekad yang lalu, namun hakikatnya jumlah rakyat miskin masih tinggi.

“Setakat Julai 2022, lebih 136,000 isi rumah masih dalam kategori miskin tegar, sementara lebih 308,000 isi rumah dalam kategori miskin,” katanya sempena Amanat Perdana Menteri Membangun Malaysia Madani di Putrajaya pada Khamis.

Dalam pada itu kata Anwar, Jabatan Perangkaan Malaysia turut mendedahkan bahawa sebanyak 20 peratus daripada kumpulan isi rumah M40 telah beralih kepada kumpulan B40 susulan pelaksanaan PKP yang menyaksikan kemerosotan atau kehilangan punca pencarian rakyat.

“Sementara faktor pendapatan menjadi unsur asasi dalam menentukan kadar kemiskinan, sayugia diberi tumpuan juga pada dimensi lain yang turut menjadi perkara pokok dalam mutu kehidupan.

“Justeru, perjuangan selama lebih dua dekad menjadi teladan untuk kita membina sebuah masyarakat madani yang bersifat ihsan, peduli dan merasai keperitan orang miskin. Membela kebajikan bermula dengan kadar upah yang bermaruah,” ujarnya.

Anwar menambah,penstrukturan semula ekonomi perlu berasaskan etika yang mampan dengan mengelakkan pembaziran dan kemewahan, basmi ketirisan dan rasuah, segerakan bantuan dan prasarana rakyat, pemerataan kekayaan secara saksama.

“Soal penentangan rasuah sudah berulang kali dibangkit dan dirumus. Cukup sekadar saya mengulangi bahawa langkah-langkah berkesan terhadap rasuah mesti merangkumi pembaharuan masyarakat dan undang-undang yang menyeluruh. There must be the political will to wage war on this,” tegas beliau.

Selain itu, Anwar juga berkata, bagi memulih dan menjana ekonomi perlu beri galakan dan dorongan penuh kepada perusahaan tempatan yang berteraskan M.A.D.A.N.I. untuk menyumbang kepada pertumbuhan; dan menarik pelaburan asing yang berteraskan M.A.D.A.N.I. untuk memastikan kesejahteraan rakyat.

“Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia kerana mereka menyumbang
38 peratus kepada KDNK kita. PKS di seluruh negara membentuk 97.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pertubuhan perniagaan di Malaysia, menggaji hampir 70 peratus tenaga kerja negara.

“Justeru, memastikan PKS berkembang dan maju harus menjadi keutamaan pokok kerajaan,” katanya.

M.A.D.A.N.I. merujuk kepada Mampan, sejahterA, berDaya cipta, saling menghormAti, punyai keyakiNan dan bersifat Ihsan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat