‘Pulau’, Filem Seram, Bukan Porno – LPF

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Filem “Pulau” merupakan sebuah filem seram dan bukan filem porno seperti yang digembar-gemburkan, begitu jelas Lembaga Penapis Filem (LPF) dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut LPF, terdapat perbezaan antara kandungan treler filem Pulau yang dikongsikan di dalam media sosial dengan kandungan yang dikemukakan untuk penapisan.

“Lembaga Penapis Filem (LPF), Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan tugas berdasarkan kepada Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] yang menetapkan fungsi penapisan filem dan bahan publisiti filem yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan secara fizikal (konvensional) kepada masyarakat umum di Malaysia, kecuali melalui internet.

“Di dalam mengeluarkan sesuatu keputusan ke atas penapisan kandungan filem dan bahan publisiti filem, LPF akan meneliti dan memberikan perhatian khusus berpandukan kepada Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) KDN 2010.

“Ia merangkumi aspek-aspek seperti keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya dan ketertiban dan ketatasusilaan,” jelasnya.

Jelasnya, treler filem ”Pulau” telah ditayangkan secara dalam talian (melalui platform internet), maka didapati bahawa kandungan yang ditayang tersebut adalah di luar bidang kuasa LPF.

“LPF mengambil maklum akan isu yang berbangkit bagi filem bertajuk “Pulau” yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat umum di Malaysia setelah promosi filem ini dimulakan melalui perkongsian poster dan sedutan treler filem menerusi media sosial.

“LPF mendapati bahawa terdapat perbezaan antara kandungan treler yang dikongsikan di dalam media sosial dengan kandungan yang dikemukakan untuk penapisan,” katanya.

LPF berkata pihaknya sentiasa peka dengan tatasusila serta sosiobudaya masyarakat Malaysia dan melaksanakan penapisan filem sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan.

“LPF menghargai pandangan dan maklum balas berkenaan dengan penapisan filem di negara ini.

“LPF juga sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak terutamanya pandangan yang bersifat konstruktif berdasarkan kepada keseluruhan kandungan sesuatu filem,” katanya.

Credit FOTO: Facebook

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat