UNESCO Iktiraf Bandar Raya Kuching Bandar Raya Kreatif

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Bandar Raya Kuching diisytiharkan sebagai Bandar Raya Kreatif oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah kategori gastronomi.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pengumuman melalui surat yang dikemukakan pihak UNESCO bertarikh 16 November lalu itu membuktikan komitmen berterusan Malaysia dalam mempromosikan negara ini di peta dunia.

Beliau berkata, pengiktirafan tersebut adalah sejajar dengan hasrat Malaysia untuk memupuk elemen inovasi dan kreativiti sebagai pemacu ke arah pembangunan bandar raya yang lestari dan inklusif di rantau ini bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat tempatan.

“Kejayaan ini juga adalah hasil kerjasama padu di antara pihak kementerian, Kerajaan Negeri Sarawak, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kementerian akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri serta pemegang taruh yang terlibat bagi memperhalusi strategi yang lebih pragmatik ke arah mempergiatkan lagi program serta aktiviti yang dapat memperlihatkan Bandar Raya Kuching sebagai sebuah Bandar Raya Kreatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Nancy berkata, pengiktirafan berkenaan juga membolehkan Kuching lebih dikenali sebagai destinasi pelancongan budaya di persada antarabangsa sekali gus merancakkan lagi ekonomi dan industri pelancongan serta kebudayaan Malaysia.

Beliau berkata, kepelbagaian menu warisan dan hidangan berasaskan etnik menjadikan Bandar Raya Kuching sesuai diangkat sebagai bandar raya kreatif kategori gastronomi.

“Kekayaan biodiversiti yang mempunyai pelbagai tumbuhan herba yang boleh dijadikan sebagai sumber makanan akan terus memberi nilai tambah kepada kekayaan budaya bandar raya ini,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat