Saya Cium Tangan Najib Tanda Hormat, Kata Bekas Setiausaha Politik Mahathir

- Advertisement -

PETALING JAYA – Ahli Dewan Negara, Senator Mohammad Zahid Md Arip membidas sikap segelintir pihak yang dilihat cuba mempolitikkan pertemuan beliau dengan bekas Perdana Menteri, Najib Razak dalam satu program di Kampung Sungai Udang, Melaka, Sabtu lalu.

Ia susulan tular gambar dan video pemimpin Bersatu itu mencium tangan Ahli Parlimen Pekan berkenaan sewaktu menyambut kehadirannya.

Jelas Mohammad Zahid, perbuatan beliau menyambut dan mencium tangan Najib tidak wajar dijadikan isu kerana sekadar menghormati hubungan peribadi antara mereka yang telah terjalin sekian lama.

“Salahkah saya mencium tangan Najib yang datang ke kampung saya? Sila tunjuk dalam Perlembagaan Bersatu, adakah saya tidak dibenarkan menunjukkan rasa hormat kepada beliau?

“Memandangkan saya dengan Najib kini berada dalam satu kerajaan, saya juga hendak beri isyarat kepada penyokong Umno dan Bersatu, kita kena matang dalam berpolitik,” menurut laporan Sinar Harian.

Mohammad Zahid berkata, perkara paling penting adalah kesan pertemuan itu akan dapat mengendurkan bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang semakin memuncak antara Umno dan Bersatu.

Rakaman video dan gambar tular itu dipercayai dimuat naik selepas Mohammad Zahid menerima pelawaan Najib untuk hadir menyertai programnya di Kampung Sungai Udang.

Berikutan itu, segelintir pemimpin dalam Perikatan Nasional (PN) menyindir tindakan Mohammad Zahid itu dan mengaitkannya dengan dakwaan beliau kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon PRN Melaka.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohammad Zahid bertanding menentang Najib di kerusi Parlimen Pekan, mewakili Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

Bekas Setiausaha Politik kepada Dr Mahathir Mohamad itu turut mengetepikan dakwaan berkenaan dan menegaskan tiada keperluan untuk beliau berebut menjadi calon pilihan raya.

Katanya, hal ini kerana beliau sudah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara oleh parti ketika ini. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat