Saya Tidak Akan Bantu Cetak Wang, Sindir ‘Boss’ Sinar Harian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub turut menyindir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berhubung cadangan agar Bank Negara Malaysia mencetak lebih banyak wang kertas.

“Walaupun saya ada kilang cetak yang canggih, saya tidak akan bantu sesiapa pun untuk mencetak wang,” tulisnya ringkas sebentar tadi.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun rata-rata pengguna media sosial mendakwa sindiran boss besar akhbar Sinar Harian tersebut dirujuk kepada Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Terdahulu ketika bercakap di radio BFM pada Isnin, Wan Ahmad berkata menerusi dasar kewangan “wang helikopter” itu akan membolehkan rakyat supaya terus berbelanja.

Wang helikopter merujuk kepada dasar mencetak sejumlah besar wang baru untuk diedarkan di kalangan rakyat, untuk merangsang ekonomi semasa kemelesetan.

Ekoran kenyataan tersebut Wan Ahmad menjadi sasaran netizen yang menyifatkan beliau buta ekonomi.

Menurut mereka langkah tersebut akan mendatangkan kemudaratan lebih besar sekali gus menambah ketenatan menangani krisis ekonomi dan kesihatan ekoran pandemik Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat