Armenia, Azerbaijan Setuju Gencatan Senjata

- Advertisement -

STEPANAKERT, AZERBAIJAN: Armenia dan Azerbaijan bersetuju melaksanakan gencatan senjata bermula tengah malam ini sebagai usaha baharu untuk menghentikan pertempuran selama hampir tiga minggu di wilayah menjadi rebutan.

Gencatan senjata yang bertujuan untuk mengakhiri pertempuran sengit di wilayah Nagorno-Karabakh dicapai selepas serangan peluru berpandu tentera Armenia mengakibatkan 13 orang terbunuh termasuk kanak-kanak di Ganja, Azerbaijan.

Ini adalah percubaan gencatan senjata kedua Azerbaijan dan Armenia bagi menghentikan pertempuran yang mengorbankan ratusan nyawa sejak 27 September lalu.

Persetujuan itu dicapai semalam selepas 11 jam perbincangan yang dipengerusikan diplomat tertinggi Rusia, Sergei Lavrov di Moscow, tetapi kedua-dua negara saling menuduh melanggar perjanjian itu.

Keputusan itu capai selepas Lavrov berincang menerusi telefon dengan rakannya dari Armenia dan Azerbaijan serta menekankan kedua-dua negara perlu mematuhi gencatan senjata yang dipersetujui di Moscow Sabtu lalu.

“Republik Armenia dan Republik Azerbaijan bersetuju untuk gencatan senjata kemanusiaan pada 18 Oktober,” kata Kementerian Luar Armenia, semalam.

Kementerian Luar Azerbaijan turut mengesahkan tindakan itu dalam kenyataan yang sama.

Jurucakap pemimpin pemisah Karabakh, Vahram Poghosyan, berkata pihaknya akan menghentikan serangan mulai tengah malam ini.

Beliau berkata, jika Azerbaijan mematuhi gencatan senjata, pihak berkuasa Karabakh akan membuka ‘laluan kemanusiaan’ untuk tentera Azerbaijan yang dikelilingi tentera pemisah.

“Keadaan di kawasan bergolak kembali tenang,” kata Poghosyan di Facebooknya. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat