COVID-19: Banduan Kluster Penjara Reman Mula Sembuh

Ahli politik perlu perbetul keadaaan, walaupun akur titah Agong henti ‘politicking‘

KUALA LUMPUR- Mengakui wajar akur titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya ahli-ahli politik untuk segera menghentikan segala politicking,namun, ahli...

MT UMNO bakal muktamadkan keputusan penting, malam ini

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang akan bersidang malam ini bakal membuat beberapa keputusan penting berhubung hala tuju politik dan masa...

Hishammuddin tak tolak isu PM letak jawatan dibincang BN hari ini

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu antara inti pati pertemuan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn hari ini...

Selepas dikecam, Mat Sabu padam status desak Muhyiddin letak jawatan

Kuala Lumpur - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dikecam hebat kerana mengeluarkan kenyataan mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan...

UMNO Tolak Muhyiddin, Tukar Slogan “Yes Anwar, No DAP, No Mahathir”?

KUALA LUMPUR- Ura-ura UMNO berpaling sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin hangat diperdebatkan. Awal hari ini, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk...

GEORGE TOWN: Lebih 50 banduan dari Penjara Reman Pulau Pinang yang positif COVID-19 mula menunjukkan perkembangan positif untuk sembuh daripada penyakit itu.

Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang Mohamed Jusoh Ismail ketika dihubungi berkata, mereka kini ditempatkan dalam blok khas di pusat rawatan dalam penjara.

“Mereka ini mula sembuh dan tidak lagi menunjukkan mempunyai gejala penyakit itu. Jadi, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengasingkan mereka ke kawasan ‘green zone’ iaitu blok khas untuk rawatan seterusnya.

“Manakala banduan yang positif masih menerima rawatan di pusat rawatan dalam penjara dan mereka juga dalam keadaan stabil sekarang ini,” katanya.

Katanya, seramai 27 banduan yang disahkan positif COVID-19 pada Jumaat tinggal dalam blok sama dengan kumpulan pertama banduan yang dijangkiti penyakit itu sebelum ini.

Menyentuh mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Reman Pulau Pinang dan kawasan kuarters penjara itu, Mohamed Jusoh berkata, ia lancar dan tiada masalah yang timbul termasuk dari segi bekalan makanan.

Sementara itu, Pengarah Penjara Pulau Pinang Roslan Mohamed berkata, semua 19 banduan yang disahkan positif COVID-19 di Penjara Seberang Perai di Jawi pada Jumaat juga tinggal di blok sama dengan mereka disahkan positif sebelum ini.

Katanya, sehingga Jumaat seramai 28 banduan di Penjara Seberang Perai telah disahkan positif COVID-19 dan semua mereka adalah banduan yang baru masuk ke situ iaitu antara dua dan tiga minggu lalu.

“Semua mereka dalam keadaan stabil dan dirawat di dalam penjara. Mereka merupakan banduan-banduan baru yang dimasukkan ke situ dan tidak bercampur dengan banduan lama yang berada di blok lain,” katanya.

Ketika ini, di Pulau Pinang terdapat dua kluster iaitu Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Jawi dengan semua kes membabitkan banduan.

Sehingga Jumaat, Kluster Penjara Reman merekodkan 217 kes positif COVID-19 dengan satu kematian manakala Kluster Penjara Jawi pula mencatatkan 28 kes – Astro Awani

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Ahli politik perlu perbetul keadaaan, walaupun akur titah Agong henti ‘politicking‘

KUALA LUMPUR- Mengakui wajar akur titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya ahli-ahli politik untuk segera menghentikan segala politicking,namun, ahli...

MT UMNO bakal muktamadkan keputusan penting, malam ini

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang akan bersidang malam ini bakal membuat beberapa keputusan penting berhubung hala tuju politik dan masa...

Hishammuddin tak tolak isu PM letak jawatan dibincang BN hari ini

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu antara inti pati pertemuan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn hari ini...