MUDA tarik sokongan tak langgar perundangan – Syed Saddiq

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan tindakan MUDA menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan, tidak menyalahi mana-mana peruntukan perundangan di negara ini.

Presiden MUDA itu berkata, ini kerana tindakan berkenaan dibuat secara en-bloc, selari peruntukan mengikut Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Muar menegaskan, tiada keperluan bagi mana-mana wakil rakyat MUDA mengosongkan kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atau pilihan raya negeri (PRN), lapor BH pada Isnin.

“Ia (menarik balik sokongan) keputusan berlandaskan undang-undang, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Lompat Parti yang diketengahkan bersama (di Dewan Rakyat), sebelum ini.

“Malah, kita (MUDA) tidak dimasukkan dalam Pakatan Harapan (PH), selain MUDA sebagai parti membuat keputusan bersama dalam hal ini (menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan).

“Kerjasama antara MUDA dan PH sebelum PRU15 dibuat berdasarkan ‘electoral pack’ (pakatan pilihan raya). Justeru, kita berada dan (keputusan dibuat) berlandaskan Perlembagaan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat