Malaysia-China tandatangan tiga MoU hampir RM20 bilion

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiga Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai hampir RM20 bilion antara syarikat Malaysia dan China telah ditandatangani sewaktu
Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2023 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) di Nanning.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperincikan MoU itu membabitkan antara Citaglobal Berhad dan Shanghai SUS Environment CO. Ltd.

“Ia bagi pembangunan projek tenaga boleh diperbaharui yang bernilai RM15 billion, iaitu loji janakuasa yang menggunapakai teknologi “Waste to Energy”.

“Turut dimeterai antara PM Access World (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Beibu Gulf Port Group – yang mempromosi pengangkutan barang pukal dan meneroka penubuhan pangkalan produk mineral di Pelabuhan Kuantan dengan jangkaan nilai pelaburan sebanyak RM2.34 billion,” katanya dalam kenyataan.

Malah tambah Menteri Kewangan itu lagi, MoU antara Sime Darby Oils International Limited dan Guangxi Beibu Gulf International Port Group juga dilaksanakan dalam mewujudkan kerjasama untuk pembinaan pusat perdagangan dan pengedaran untuk minyak sawit ditapis di Qinzhou dengan anggaran eksport sebanyak RM2.5 billion.

“Intiha, saya sempat bertemu Duta Republik Rakyat China (RRC) ke Malaysia HE Ouyang Yujing yang turut menerangkan serba ringkas mengenai MoU yang ditandatangani hari ini,”ujarnya.

Jelas Anwar, dalam sidang akhbar sebelum berangkat pulang ke tanah air, beliau zahirkan penghargaan kepada Kerajaan Republik Rakyat China di atas layanan yang sangat baik kepada saya dan delegasi, walaupun ia hanya berlangsung kurang daripada 13 jam.

“Nescaya, lawatan ini telah mengukuhkan lagi hubungan dua hala sedia ada hatta mengukuhkan langkah-langkah konkrit ke arah mengembangkan dan mengukuhkan kerjasama Malaysia-China yang sangat bersejarah ini.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan lawatan ini. Sampai jumpa lagi China! Ucap beliau.

Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kejayaan memperoleh potensi pelaburan sebanyak RM17.34 bilion dan potensi eksport RM2.5 bilion adalah bukti keyakinan China terhadap ekonomi Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat