Inkues sebab dan punca kematian Zara ditentukan hari ini, Mahkamah Kota Kinabalu jadi tumpuan

KUALA LUMPUR – Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu menjadi tumpuan ekoran prosiding inkues kes kematian Zara Qairina Mahathir berlangsung pada hari ini (Isnin)

Hari ini ditetapkan sebutan inkues bagi menentukan sebab dan punca kematian pelajar Tingkatan Satu itu.

Terdahulu, pekarangan mahkamah menjadi tumpuan pengamal media untuk membuat liputan sebutan inkues kes kematian Zara Qairina.

Difahamkan seawal pukul 7.30 pagi, wakil media mula berhimpun di bangunan mahkamah sebelum prosiding yang dijadualkan bermula 9 pagi.

Anggota polis turut hadir bagi memantau keadaan dan memastikan ketenteraman di sekitar kawasan mahkamah, lapor Utusan di Kota Kinabalu.

Semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, Mahkamah Koroner Kota Kinabalu akan menetapkan tarikh inkues bagi menentukan sebab dan punca kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini.

Beliau berkata, Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah telah memfailkan permohonan inkues di Mahkamah Koroner.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk menjalankan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha itu selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu pada 12 Ogos.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, di sini pada 17 Julai lalu selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah berkenaan pada pagi 16 Julai.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat