Beri kuasa kepada Hamzah bukti PN sedang bergolak dakwa Amanah Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Cadangan merombak struktur Perikatan Nasional (PN) dengan memberi kuasa kepada Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin membuktikan kepimpinan gabungan itu sedang bergolak.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor Dr Zuhan Zain berkata, perkembangan tersebut tidak sewajarnya berlaku sedangkan PN memperjuangkan perpaduan Melayu dan Islam selain mendokong prinsip integriti.

Beliau yang juga Ketua Amanah Kawasan Kluang mendakwa, perbalahan tersebut jelas menzahirkan hipokrasi politik yang sedang melanda PN.

“Rakyat Johor berhak tahu parti yang ingin memerintah tidak mampu menyatukan barisan mereka sendiri, apa lagi menjamin kestabilan negeri dan negara,” katanya dalam kenyataan, lapor MalaysiaGazette di Johor Bahru pada Rabu.

Terdahulu media melaporkan dakwaan mengenai cadangan penstrukturan semula PN bagi memberi kuasa lebih besar kepada Hamzah.

Terdapat laporan mendakwa ada suara dalam kalangan pemimpin Bersatu yang mahu mengenepikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu dan juga Pengerusi PN.

Kelmarin, Adun Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir menyelar tindakan pihak tertentu yang cuba mencipta persepsi bahawa wujud krisis dalam Bersatu disifatkan sebagai perbuatan parasit demi mendapatkan kuasa.

Tegasnya, semua ahli perlu terus mempertahankan kepimpinan tertinggi dan membantu memperkuatkan parti, bukannya melaga-lagakan saf kepimpinan.

Mengulas lanjut, Zuhan berkata, pergeseran itu yang melihatkan kenyataan bercanggah dan tindakan mempertikai sesama sendiri menunjukkan dalaman Bersatu yang semakin parah.

“Amanah Johor melihat episod ini sebagai bukti Bersatu tidak memiliki visi jelas, jauh sekali kesepaduan yang diperlukan untuk menjadi gabungan alternatif berwibawa,” ujarnya.

Kemelut itu katanya, membuka mata rakyat terhadap kepentingan memilih parti yang benar-benar stabil, progresif dan berpaksikan rakyat seperti Pakatan Harapan (PH).

“Kami menyeru agar rakyat Johor terus menilai secara bijaksana tindak-tanduk pimpinan parti pembangkang dan menolak politik penuh dendam demi masa depan negeri yang lebih baik dan harmoni,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat