SPRM jangka akan dakwa 3 individu, termasuk 2 Adun Sabah kes rasuah perlombongan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mendakwa tiga individu, termasuk dua Adun berhubung siasatan Op Adun.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu, berkata ketiga-tiga individu terbabit terdiri dua Adun dan seorang orang awam.

“Mereka dalam proses untuk ditangkap dan kami perlu memaklumkan mereka. Mereka dalam proses dipanggil dan masih dalam proses untuk dirakam keterangan di bawah Kenyataan Beramaran.

“Tarikh mereka perlu dikemukakan ke mahkamah saya akan simpan dahulu, saya tidak akan maklumkan sehingga proses selesai. Tetapi yakinlah, individu-individu ini akan didakwa di mahkamah dalam bulan ini atau menjelang akhir bulan ini,” katanya sambil menambah ia bergantung kepada ketersediaan tarikh di mahkamah.

Azam berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Teknologi, Pengurusan Kelestarian di Universiti Teknologi MARA (UiTM), di Kota Kinabalu pada Rabu lapor BH Sabah.

Mengenai kesahihan video yang tular, beliau berkata, perkara itu tidak boleh diperincikan kerana ia kini dianggap subjudis.

“Saya tidak boleh bincang lagi kerana ia akan menjadi subjudis. Saya serah kepada Timbalan Pendakwa Raya, yang akan menggunakan bukti itu di mahkamah jika mereka perlu menggunakannya.

“Tetapi yakinlah bahawa apabila menyiasat, kami tidak terlalu bergantung hanya pada bukti itu, sama ada ia tulen atau tidak. Kami juga perlu bergantung kepada beberapa bukti lain.

“Penjelasan bukan sahaja daripada audio visual, ia juga bergantung kepada penjelasan daripada manusia, manusia itu sendiri,” katanya.

Terdahulu, SPRM melancarkan Op Adun bagi menyiasat pembabitan Adun Sabah dalam isu pengeluaran lesen perlombongan. Ia bermula apabila beberapa siri video yang disunting diterbitkan dalam portal berita dalam talian pada November lalu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat