Titah Adendum: Azalina boleh sahkan ada atau tidak – Isham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said didakwa individu bertanggungjawab untuk mengesahkan kewujudan Titah Adendum (tambahan) yang terkait status tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil berkata, Azalina selaku Menteri Undang-undang merangkap Ketua Penerangan Umno adalah individu paling layak mengesahkan Titah Adendum yang dimeterai Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membenarkan Najib menghabiskan baki 6 tahun tahanan di rumah seperti dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Dalam afidavit Zahid berkenaan adendum tahanan di rumah Najib, dia (Zahid) mengaku dan “..mengesahkan bahawa perkara yang sama (adendum pengampunan) adalah dalam milikan kolektif responden-responden.

“(Zahid) selanjutnya dengan sesungguhnya dimaklumkan bahawa Peguam Negara mempunyai satu salinan asal atau hanya salinan titah adendum untuk pertimbangan undang-undang beliau.

“Ini bermaksud Zahid kata dan sahkan adendum itu ada di tangan enam responden iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution; Ketua Pengarah Penjara; Peguam Negara; Menteri Undang-undang Azalina Othman Said; Lembaga Pengampunan dan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang,” jelas Isham.

Kata beliau, senarai individu-individu ini boleh di sapina di mahkamah untuk memberi keterangan.

“Namun sebelum mereka disapina, Zahid sebenarnya boleh saja tanya orang Umno dalam senarai itu, iaitu responden nombor 4; Azalina Othman Said.

“Azalina ini Menteri Undang-undang dan juga bertanggungjawab ke atas responden nombor 6 iaitu Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang. Dan dia juga ada dalam Majlis Kerja Tertinggi Umno.

“Zahid kata dan sahkan Azalina ada pegang surat adendum itu. Oleh itu Zahid, senang sahaja untuk jelaskan isu ini, pergi tanya dan suruh Azalina tunjuk surat adendum itu.

“Zafrul pun sama, kamu kan duduk depan dia dalam Majlis Kerja Tertinggi Umno, tanya sajalah atau whatsapp.So, Azalina, surat itu ada atau tidak? Presiden kamu tipu atau kawan Anwar, Saifuddin tipu? Kamu jangan tipu. Jawab betul-betul,” desak Isham.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat