Letusan gunung berapi itu mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.

- Advertisement -

Gunung Ruang meletus: Indonesia keluar amaran keselamatan tahap tertinggi

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin.

Gunung Ruang, gunung berapi di Provinsi Sulawesi Utara, pertama kali meletus pada jam 9.45 malam kelmarin waktu tempatan, manakala sebanyak empat kali sepanjang tempoh semalam, kata agensi gunung berapi negara itu.

Tahap amaran bagi gunung berapi setinggi 725 meter dari aras laut itu ditingkatkan semalam ke tahap empat iaitu paras tertinggi dalam sistem amaran.

“Berdasarkan hasil pemerhatian visual dan instrumental yang menunjukkan peningkatan dalam aktiviti gunung berapi, paras Gunung Ruang dinaikkan daripada Aras Tiga kepada Aras Empat,” kata Ketua Agensi Volkanologi Indonesia, Hendra Gunawan, semalam.

Pihak berkuasa juga memperluaskan zon selamat dari empat kepada enam km pada petang semalam di sekitar kawah.

Setakat ini, tiada laporan kematian atau kecederaan dilaporkan, tetapi lebih 800 orang dipindahkan dari dua perkampungan Pulau Ruang ke Pulau Tagulandang berhampiran, yang terletak lebih 100 km di utara ibu kota wilayah Manado.

Sementara itu, Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) melaporkan, penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan terpaksa dipindahkan itu memerlukan tikar, selimut, bahan pembersih dan khemah.

Katanya, memandangkan jangkaan terdapat peningkatan jumlah penduduk yang berpindah, rumah ibadat di mukim Tagulandang Selatan dan Tagulandang Utara boleh digunakan sebagai tempat perlindungan sementara, kata Pusat Kawalan Operasi agensi itu.

Menurut BNPB, peningkatan aktiviti gunung berapi di situ mungkin dicetuskan oleh gempa bumi tektonik yang menggegarkan Pulau Doi di Maluku Utara.

Letusan berkenaan bukan sahaja menyebabkan penduduk tempatan kehilangan tempat tinggal, tetapi juga mengganggu rangkaian komunikasi di kampung Laingpatehi, menurut BNPB.

Kerajaan daerah Sitaro mengisytiharkan status darurat dari tempoh 16 hingga 29 April ini untuk membantu usaha mitigasi bencana.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat