Filipina mula sedari permainan China

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Filipina merupakan negara terbaharu yang mendapat tekanan China agar menyebelahi mereka dalam krisis politik negara tersebut dengan Taiwan yang dipimpin Presiden Tsai Ing-wen.

Sebelum ini sembilan buah negara sudah memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan. Negara terbaru yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan adalah Honduras yang mengulangi propaganda “Hanya ada 1 China.”

Duta Besar China ke Filipina, Huang Xilian, mengingatkan Filipina agar mengambil berat mengenai kebajikan 150,000 warga Filipina di Taiwan sebelum mengambil sikap menyebelahi negara tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dilihat biadap, beliau “menasihati” Filipina supaya membantah kedaulatan dan kemerdekaan Taiwan sekiranya negara itu benar-benar prihatin dengan nasib lebih 150,000 rakyatnya yang sedang bekerja (OFW) di Taiwan.

“Isu Taiwan adalah sepenuhnya isu dalaman China, seperti isu Mindanao di Filipina. Anda tidak benarkan mana-mana pihak ketiga masuk campur untuk menyelesaikan isu pemberontakan di Mindanao,” katanya.

“Filipina jangan mencetuskan konflik dengan menawarkan akses pangkalan tentera berhampiran Selat Taiwan kepada AS jika anda benar-benar prihatin dengan 150,000 OFW,” tambahnya lagi.

Pengubal Undang-undang Filipina, di pihak kerajaan dan pembangkang, menyelar negara China kerana dilihat cuba campur tangan dalam dasar keselamatan dan antarabangsa negara tersebut.

Antara kritikan tersebut datang dari Senator Risa Hontiveros (pembangkang) yang meminta Presiden Ferdinand Marcos Jr. menghantar pulang Duta China tersebut.

“Beliau tidak seharusnya mengugut Filipina. Istana [Presiden] harus memberitahu Beijing supaya memanggil semula wakil mereka di Manila secepat mungkin,” kata Hontiveros dalam satu kenyataan pada Ahad lalu, lapor .

“Beliau tidak layak menjadi diplomat jika tidak dapat berurusan dengan kami dengan cara yang terhormat dan bermaruah. Beliau, bersama kapal China dan pulau buatan di Laut Filipina Barat, harus berkemas dan pergi,” katanya, merujuk kepada wilayah Laut China Selatan yang dipertikaikan dalam Zon Ekonomi Eksklusif Filipina.

Sementara itu, Timbalan Ketua Minoriti Dewan Perwakilan Filipina France Castro menyifatkan kenyataan Xilian sebagai “ugutan bukan hanya kepada negara Filipina tetapi juga pekerja Filipina di luar negara yang tidak berdosa.”

Sebuah akhbar parti politik, Akbayan, menganggap kenyataan Huang adalah “kenyataan seorang pengambil tebusan” bukan seorang duta.

“Kami menyeru pentadbiran Marcos untuk segera mengisytiharkan duta China sebagai persona non grata dan mengusirnya dari negara kami,” kata Akbayan dalam satu kenyataan pada Isnin.

Filipina adalah “negara yang merdeka dan berdaulat dengan kebebasan untuk membentuk pakatan dan perkongsian dengan negara lain,” tambah Akbayan.

Bercakap pada hari Jumaat di forum yang dihoskan oleh kumpulan tempatan pro-Beijing, Huang berkata Filipina mungkin “menyalakan api” dengan menawarkan akses AS ke pangkalan tentera berhampiran Selat Taiwan.

Selain pembangkang, Jabatan Pertahanan Negara Filipina (DND) juga turut mengkritik Huang kerana mencetuskan kebimbangan.

“DND menolak kenyataan Duta Besar China ke Filipina Huang Xilian bahawa Filipina mencampuri urusan dalaman China mengenai Taiwan,” kata jurucakapnya Arsenio Andolong dalam satu kenyataan.

“Kami memahami Dasar Satu China, namun Filipina bersama prinsip berkecuali ASEAN dalam mendekati isu serantau. Kebimbangan utama kami di Taiwan adalah keselamatan dan kesejahteraan lebih 150,000 warga Filipina yang tinggal dan bekerja di sana. Kami juga menentang keras sebarang usaha oleh mana-mana tetamu negara ini untuk menimbulkan ancaman yang tidak perlu bagi menekan kami.”

Andolong juga berkata Huang tersilap menyamakan keadaan Taiwan dengan situasi di selatan Filipina pulau Mindanao, di mana kerajaan telah bertahun-tahun menghadapi pemberontakan.

“Kami ingin menekankan bahawa isu-isu adalah berbeza antara satu sama lain,” katanya.

“Seluruh konteks dan pengalaman yang kaya dalam proses damai kami di Mindanao, yang membenarkan penyertaan masyarakat antarabangsa … sejajar dengan kedudukan Filipina dalam menyelesaikan pertikaian secara aman,” kata Andolong.

Bagaimanapun ahad lalu Kedutaan China di Manila membuat kenyataan bahawa ucapan Huang dilaporkan secara tidak betul walaupun media memetik petikan daripada salinan ucapan yang disediakan oleh kedutaan itu.

“Malangnya ada yang salah memetik atau salah tafsir kenyataan Duta Huang atau hanya mengambil sebahagian daripada kata-kata duta itu di luar konteks,” kata kedutaan itu dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.

Berakhirnya dasar pro-China

Untuk rekod, Filipina pernah menjadi rakan baik China semasa pemerintahan Presiden Filipina Rodrigo Duterte. Duterte mengambil sikap anti-Amerika Syarikat dan membawa orientasi pro-Cina.

Dalam lawatan pertamanya ke Beijing pada 2016, Duterte mengumumkan “masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Washington”.

Beliau telah mengalu-alukan pelaburan Inisiatif Jalur dan Jalan China,  mengancam untuk menangguhkan latihan ketenteraan bersama dengan Amerika Syarikat, dan memanggil China sebagai “kawan baik.”

Sejak memegang jawatan pada 2016, Duterte telah meneruskan hubungan yang lebih mesra dengan Beijing, mengetepikan pertikaian wilayah yang sudah lama berlaku di Laut China Selatan sebagai pertukaran untuk berbilion dolar bantuan, pinjaman dan ikrar pelaburan.

Bagaimanapun diakhir-akhir pentadbirannya Duterte mula berubah sikap. Pada akhir 2019 Manila telah bergerak untuk memulihkan sepenuhnya hubungan keselamatan dan membina semula kepercayaan dengan Washington dalam usaha bersungguh-sungguh untuk menghalang Beijing.

Langkah-langkah termasuk satu siri lawatan peringkat tinggi; pemulihan perjanjian pertahanan yang meluas; Pengendorsan penuh Manila terhadap pakatan keselamatan AUKUS menyertai Australia, Britain, dan Amerika Syarikat; penubuhan semula Dialog Strategik Dua Hala Filipina–Amerika Syarikat; dan memperluaskan latihan ketenteraan bersama tahun depan.

Menurut penganalisis, kegagalan China mengotakan pelaburan besar kepada Filipina dalam Inisiatif Belt and Road telah menyebabkan Duterte menilai semula sokongannya kepada Filipina.

Lebih memburukkan keadaan, dalam beberapa tahun kebelakangan ini Beijing telah meningkatkan ketegasannya di Laut China Selatan. Pada 2019 dan awal 2020, China mengepung Pulau Thitu Filipina (juga dikenali sebagai Pag-asa) dengan beratus-ratus bot militia bagi menghalang pihak berkuasa Filipina daripada menaik taraf landasan pulau itu dan membuat penambahbaikan infrastruktur lain.

Insiden-insiden ini sangat merumitkan pendekatan mesra China Duterte dan menjadikan jangkauan ke Washington lebih menarik.

Pada 2019 juga Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Teodoro Locsin Jr. mengeluarkan Tweet berbaur kata-kata kasar mengenai Beijing, memberitahunya dengan pasti untuk keluar dari Laut China Selatan, di mana kedua-dua negara telah terlibat dalam pertikaian. “You’re like an ugly oaf forcing your attentions on a handsome guy who wants to be a friend; not to father a Chinese province,,” tulisnya.

Sejak pentadbiran Presiden Ferdinand Romualdez Marcos Jr bermula pada Mei 2022, telah lebih 100 tunjuk perasaan anti China dilancarkan di Filipina membantah kerakusan negara tersebut ke atas Laut China Selatan. – SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat