Cepatkan proses beri kelulusan pembangunan rancak pelaburan -PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-41 yang berlangsung semalam telah mencapai beberapa kata sepakat hasil perbincangan tuntas di antara pihak-pihak berkepentingan termasuk Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri.

Perdana Menteri berkata, antara keputusan yang dipersetujui termasuk keperluan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mempercepatkan tempoh kelulusan pembangunan sekali gus memudahkan urusan perniagaan (ease of doing business).

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, usaha mempercepatkan tempoh kelulusan pembangunan ini secara tidak langsung diyakini mampu menambah baik persekitaran pelaburan selain meningkatkan daya saing negara.

“Selain itu, mesyuarat turut membincangkan cadangan pengukuhan sektor pertanian terutama keperluan menetapkan keluasan guna tanah bagi tujuan pengeluaran pertanian dan sumber makanan negara. Dalam hal ini, penekanan harus diberikan kepada peningkatan produktiviti pertanian.

“MPFN juga berpandangan aspek kawal selia pengurusan dan pembangunan ladang penternakan perlu terus diperkasakan menerusi pemakaian Garis Panduan Perancangan Ladang Penternakan Ayam,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Selain itu, Anwar berkata, Prosedur OSC 3.0 Plus ditambah baik dengan menetapkan hanya lima agensi sahaja yang wajib dirujuk untuk proses kelulusan ketimbang 19 agensi sebelum ini.

“Manakala, tempoh masa kelulusan akan dikurangkan daripada 42 hari kepada 21 hari.

Suka dikhabarkan juga, MPFN turut cakna dengan isu banjir kilat yang sering meresahkan rakyat. Maka, dalam hal ini Pemakaian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) dalam Pembangunan Tanah perlu diaplikasikan sebagai salah satu solusi dalam menangani isu banjir kilat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga berkata, MPFN akan terus memastikan perancangan pembangunan bandar bergerak kepada Perbandaran Madani untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan mewujudkan persekitaran yang berdaya huni.

“Kerajaan kekal komited meneruskan kerjasama dan penyelarasan pembangunan di antara Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri demi mencapai agenda membangun negara Madani. Insya Allah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat