Tidak Percaya PAS dan BERSATU, Parti DAP Tutup Pintu Rundingan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: DAP menutup pintu kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas selepas tidak mempercayai kepemimpinan kedua-duanya yang didakwa bersikap ‘tikam belakang’ dan berdolak-dalik.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu telah mengambil pendekatan tutup pintu untuk be­kerjasama dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana beliau menjadi salah seorang peneraju Langkah Sheraton sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

“Kalau dia nak jumpa, saya pun tak akan terima. Kita kena tikam belakang, kita jangan terperdaya lagi. Kalau dekat Parlimen, sembang-sembang tak apalah, tetapi untuk bincang isu ini bagi kerjasama, tak ada. Saya pun tak akan terima, tutup pintu,” katanya dalam satu wawancara eksklusif di Ibu pejabat DAP di sini, baru-baru ini.

Kerajaan semasa di bawah pemerintahan PH tumbang selepas 22 bulan apabila Bersatu bertindak keluar dan menarik sokongan terhadap pakatan tersebut dalam peristiwa ‘Langkah Sheraton’ yang turut mendapat sokongan Pas dan UMNO.

Dalam pada itu, Guan Eng mendakwa, Muhyiddin ketika menjadi Menteri Dalam Negeri dalam kerajaan PH juga mengambil tindakan sabotaj terhadap DAP.

“Orang dalaman atau deep state (kerajaan dalam kerajaan) yang mengkhianati kita. Mengapa Muhyiddin tahan kita punya orang yang dikaitkan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) bila kumpulan itu tak wujud langsung,” dakwanya.

Menurut beliau, DAP juga tidak mempercayai Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kerana selalu berdolak-dalik seperti ‘hari ini cakap macam itu, hari esok dia cakap lain’.

“Satu ketika dia cakap kita nak buat sesuatu tetapi kerana DAP ada (dalam Pakatan Rak­yat), tak boleh buat. Tapi sekarang DAP tak ada (dalam PN), dia pun tak buat.

“Contohnya, cabutan khas (nombor ekor). Kita (PH) kurangkan daripada 22 kepada lapan, (sekarang) tambah balik kepada 22. Ada satu defisit (kekurangan) kepercayaan yang agak tinggilah. Jadi sukar untuk kerjasama de­ngan Pas sekarang,” katanya.

Beliau berkata, berbeza de­ngan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan seorang pemimpin sederhana, adil dan alim yang betul-betul menjaga hati semua pihak.

– UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat