KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Parlimen Kinabatangan diserahkan kepada Umno.
Menurut bekas Setiausaha Agung Umno itu,tidaklah salah kerusi Parlimen Kinabatangan di beri pada Umno tanpa bertanding.
Cadangan Annuar itu menyusul selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memutuskan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag, sekali gus memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) yang merupakan rakan dalam kerajaan negeri.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu diambil sebagai tanda penghormatan kepada parti yang menang sebelum ini dan kini menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Sabah.



