Rombak Kabinet perlu ada keupayaan jawab kegagalan sedia ada bukan cuma tukar wajah- Hamzah

KUALA LUMPUR – Rombakan Kabinet bukan sekadar soal menukar wajah, tetapi ia mestilah menzahirkan keupayaan kerajaan menjawab kegagalan sedia ada, kata Ketua Pembangkang.

Menurut Datuk Seri Hamzah Zainudin rombakan Kabinet bukan semata-mata demi untung secupak hingga rugi segantang kerana yang menanggung kesannya adalah rakyat dan negara.

“Merujuk rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, sebagai Ketua Pembangkang, saya menerima banyak maklum balas dan keresahan daripada rakyat.

“Dalam tempoh 24 jam ini juga pelbagai pihak telah membangkitkan rasa curiga terhadap hala tuju sebenar rombakan ini.

“Rakyat berhak bertanya, adakah rombakan Kabinet ini akibat tekanan politik atau habuan kuasa? soal Hamzah.

Timbalan Presiden Bersatu menegaskan, persoalan ini berasas, terutamanya apabila kementerian-kementerian yang mempunyai pengaruh besar terhadap kerajaan tempatan dan wilayah, kini dikuasai satu parti yang sebelum ini lantang memperjuangkan pilihan raya kerajaan tempatan.

“Pada masa yang sama, perubahan kementerian strategik seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, yang menjadi tunjang kepada pengukuhan ekonomi khususnya dalam membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKMS) yang kebanyakannya adalah Bumiputera, juga perlu diperjelaskan secara telus.

“Lebih menimbulkan keraguan apabila menteri-menteri yang prestasi serta tindak-tanduknya dipersoalkan secara terbuka oleh rakyat terus dikekalkan.

“Begitu juga dengan pelantikan baharu individu yang dipertikaikan latar belakangnya,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat