PH perlu buat anjakan baru, kata Amanah dan DAP

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pakatan Harapan perlu membuat satu anjakan politik untuk menyatukan seluruh blok pembangkang, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Dalam satu kenyataan bersama, dua pemimpin kanan PH itu menegaskan sudah tiba masanya untuk seluruh blok pembangkang bersatu demi membina kekuatan bersama yang ada atas landasan perjuangan bersama.

Mohamad dan Guan Eng menegaskan undian belanjawan Selasa lalu mengajar PH supaya tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang dan tidak perlu membuang masa dengan ahli parlimen kerajaan oportunis.

Menurut Ahli Parlimen Kota Raja dan Bagan itu, kelompok itu hanya memperalatkan PH untuk kepentingan peribadi agar memperolehi tawaran yang lebih lumayan daripada kerajaan PN.

“PH harus berdepan dengan realiti ini, perlunya suatu anjakan politik semula bagi tumpuan kepada menyatukan rakan-rakan kita di kalangan ahli parlimen pembangkang yang berdiri bersama kita pada hari Selasa.

“PH seharusnya tidak membuang masa dengan ahli parlimen kerajaan oportunis, dan hanya memperalatkan PH demi kepentingan peribadi mereka sendiri agar memperolehi tawaran yang lebih lumayan daripada kerajaan PN,”katanya dalam kenyataan itu.

Selasa lalu Belanjawan 2021 diluluskan dengan majoriti tipis sebanyak tiga undi apabila 111 ahli Parlimen menyokong manakala 108 lagi menolak belanjawan itu.

Belanjawan itu diluluskan di tengah-tengah kemelut negara yang menjangkakan keranaan PN akan tumbang apabila Belanjawan 2021 ditolak.

Sehari sebelum bacaan kali ketiga berlangsung di Dewan Rakyat bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah tampil menawarkan diri untuk menerajui negara jika PN tumbang.

Tengku Razaleigh yang juga pengerusi jemaah penasihat Umno turut mengulangi pendiriannya untuk menolak belanjawan tersebut.

Dalam pada itu Lim dan Mohamad berkata, Selasa lalu adalah hari yang mengecewakan bagi pemimpin dan penyokong PH, yang berharap Belanjawan 2021 dapat dikalahkan pada bacaan ketiga di Parlimen.

Ia bagi membolehkan PH menuntut kembali mandat rakyat yang dimenangi pada pilihan raya 2018.

“PH telah menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri dan bahawa beliau boleh mendapatkan sokongan daripada ahli Parlimen Kerajaan dengan syarat mereka bukan ahli Parlimen kleptokrat, terutamanya Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak.

“Tidak ada satu pun ahli Parlimen kerajaan yang mengundi bersama PH, termasuk mereka yang kononnya menyokong Anwar.

“Jelas Ahli Parlimen Kerajaan ini sangat pandai dengan permainan politik untuk mengaut kelebihan dan meraih keuntungan daripada kerajaan PN,” katanya.

Ketika Belanjawan 2021 diundi di peringkat dasar pada 26 November lalu, hanya 13 ahli parlimen termasuk Dr Mahathir yang bangun mendesak undian belah bahagian.

Manakala ahli parlimen PH yang lain tidak ikut bangun kerana mengikut arahan dari Anwar yang dikeluarkan pada saat akhir dengan alasan mempunyai strategi menolak Belanjawan 2021 pada peringkat jawatankuasa dan bacaan ketiga.

Namun, selepas 10 hari berbahas dan mengundi, kesemua peruntukan 27 kementerian lulus biarpun terdapat beberapa kementerian berdepan undi belah bahagian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat