PAC Panggil Zahid Perjelas Kapal Tak Sampai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam siasatannya terhadap isu kegagalan pembekalan enam kapal peronda generasi kedua kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, bekas panglima tentera laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan kontraktor utama projek BNS Sdn Bhd akan turut dipanggil dalam prosiding bulan depan.

“PAC Parlimen juga akan menjalankan lawatan tapak pembinaan kapal LCS di Lumut, Perak pada Januari 2021.

“PAC Parlimen berhasrat untuk melengkapkan dan membentangkan Laporan PAC berhubung isu pembekalan enam kapal generasi kedua LCS ini ke Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen pada Mac 2021” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Kah Woh memberitahu, empat mesyuarat dijalankan dan tujuh saksi telah dipangil, antaranya Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan, Tan Sri Ambrin Buang dan Ketua Setiausaha Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Muez Abdul Aziz.

Dalam kenyataan hari ini, Kah Woh berkata kegagalan penyiapan kapal itu amat serius.

Katanya, ia bukan sahaja membabitkan kelemahan atau kegagalan dari segi tadbir urus, perolehan dan kewangan tetapi juga memberikan impak terhadap keselamatan dan pertahanan negara.

“Sehingga Oktober 2020, sejumlah RM6.083 bilion telah dibayar dan tidak ada sebuah pun kapal LCS yang telah siap dibina walaupun mengikut jadual sepatutnya dua kapal LCS telah siap dibina setakat ini,” katanya.

Pembinaan enam kapal peronda generasi kedua LCS sebanyak RM9 bilion merupakan perolehan yang terbesar dalam sejarah Mindef.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat