Menteri KPDN: Amanah letak harapan tapi itu hak PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat keputusan ‘siapa’ individu yang difikirkan sesuai untuk dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, walaupun ada meletakkan harapan jawatan itu disandang dalam kalangan pemimpin mahupun ahli parti itu, Anwar lebih berhak dalam menentukan Kabinet pimpinannya.

“Itu (soal lantikan Menteri KPDN) serah kepada Perdana Menteri kerana beliau mempunyai kuasa segalanya (dalam pembentukan Kabinet).

“Jika diikutkan, nama dalam kalangan semua ahli Amanah layak menjadi (Menteri KPDN) yang kami ada 200,000 ahli secara keseluruhannya dan mereka semua layak. kita mengharap, …tetapi soal ini adalah hak PM kerana PM menentukan Kabinet,” katanya, lapor BH.

Beliau mengulas sama ada terdapat individu dalam kalangan Amanah yang akan dilantik sebagai Menteri KPDN menggantikan Timbalan Presiden parti itu Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lalu.

Terdahulu Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hadir merasmikan Mesyuarat Tahunan AMANAH Kawasan Kepala Batas di Dewan Bakau Tua, Penaga, di Kepala Batas, malam tadi.

Ketika ini, portfolio Menteri KPDN dipangku oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas) yang juga Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat