YBR salur RM100,00 kepada pelajar UNIMAS

- Advertisement -

KOTA SAMARAHAN — Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah menyalurkan RM100,000 kepada pelajar B40 Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS) bagi meneruskan pengajian.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Rosaline Neging berkata, melalui Bantuan Awal Pengajian (BAP) ini dapat membantu pelajar meneruskan pengajian serta memberi motivasi untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

“Setiap pelajar yang menerima insentif kewangan pada hari ini boleh menggunakan bantuan tersebut untuk membeli kelengkapan alatan pembelajaran yang masih belum mencukupi.

“YBR sentiasa cakna dalam memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan untuk mendapat kualiti pendidikan yang sama rata,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam majlis yang sama, YBR melalui Perpustakaan Digital Serambi Ilmu Rakyat atau lebih dikenali ‘SIR Corner’ menyumbangkan set kelengkapan ‘SIR Corner’ kepada Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya’kub (PeTARY).

Rosaline berkata sumbangkan ini diberikan bagi membantu seluruh pelajar UniMAS dalam mendapatkan maklumat terkini serta bahan-bahan bacaan ilmiah secara digital.

“Inisiatif memartabatkan mutu pendidikan seharusnya diberi penekanan melalui suasana pembelajaran di universiti dengan sumber yang mencukupi serta mudah untuk mengakses maklumat.

“Oleh itu YBR telah mengambil langkah berkerjasama bersama UniMAS dengan mewujudkan satu sudut bacaan digital yang diberi nama ‘SIR Corner’ sekali gus menjadikan UniMAS merupakan universiti yang pertama di Sarawak untuk mempunyai sudut bacaan ini,” katanya.

Turut hadir dalam majlis perasmian penyampaian replika cek Bantuan Awal Pengajian adalah Penolong Naib Canselor Kepimpinan Dan Pembangunan UniMAS, Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, Ketua Bahagian Operasi, Mohd Mukhti Abd Rahman.

Untuk rekod, bantuan ini melibatkan 100 pelajar semester 1 hingga 3 di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dengan peruntukan sebanyak RM1,000 setiap seorang dari kalangan keluarga B40.

YBR juga telah memperuntukkan sebanyak RM350,000.00 setiap tahun untuk langganan dan pangkalan data bahan-bahan digital SIR dari pihak pembekal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat