PM tak akan biar lagi agensi Bumiputera tiris, lemah tata kelola

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur dengan kelemahan tata kelola yang membabitkan kepentingan negara terutamanya agenda Bumiputera.

Beliau berkata, kelemahan tata kelola yang menyebabkan ketirisan wang kerajaan tidak boleh lagi dibiarkan berterusan dan perlu ditangani dengan segera.

Katanya, pengurusan perniagaan agensi berkaitan kerajaan memerlukan anjakan baharu daripada kerugian akibat pengurusan yang tidak baik sehingga memberikan kerugian.

Hal ini, katanya adalah seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang memerlukan suntikan berjumlah RM8.3 bilion disebabkan pengurusan yang leceh dan tata kelola yang lemah selain Lembaga Tabung Haji (TH).

Katanya, langkah suntikan oleh kerajaan itu perlu dilaksanakan bagi mengelakkan aset Bumiputera terlepas ke tangan bukan Bumiputera.

“Saya tidak boleh izin hal ini berterusan (kelemahan tata kelola). Agensi berkaitan Bumiputera terutamanya memerlukan pengurusan yang profesional.

“Jika ada berlaku kelemahan, pengurusan perlu bertanggungjawab sepenuhnya dan tindakan keras akan diambil jika ada salah kuasa dan penyelewengan.

“Ini kerana bukan saja mengkianati amanah biasa tetapi amanah yang sangat diharapkan oleh Bumiputera. Ramai yang apabila diberi amanah, ia lupa matlamat asal,” katanya ketika merasmikan penambahan satu bilion unit Skim Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) di bawah Pelaburan Hartanah Bhd (PHB), lapor BH pada Selasa.

Anwar berkata, nilai dan integriti adalah keutamaan untuk semua pihak yang terbabit kerana apabila diberi amanah, ia perlu dilaksanakan dengan baik.

Katanya, tahap kecekapan yang hebat dan cemerlang perlu dilihat dalam semua agensi kerajaan terutamanya yang berkaitan menjaga amanah Bumiputera.

“Di luar sana, konflik dan naratif tentang Bumiputera hebat diperkatakan. Ada disenangi dan ada yang tidak disenangi serta menjadi bahan kempen seolah-olah ini menyelamatkan kepentingan Melayu.

“Tetapi seringkali mereka yang membicarakan soal kepentingan dan menyelamatkan Melayu ini adalah orang yang paling khianat, merosakkan serta mengambil keuntungan besar. Sebab itu daripada anjakan dasar, kita tegas dan keras dalam soal ini,” katanya.

Perdana Menteri mengingatkan, apabila diberi amanah, ramai yang lupa matlamat asal penubuhan dan agenda yang seharusnya dilaksanakan.

Beliau berkata, ada agensi Bumiputera diurus dengan lemah, mengalami kerugian dan terpaksa menyalurkan aset balik ke tangan bukan Bumiputera sebagai jalan penyelesaian.

“Saya antara yang tegas dalam menjaga kepentingan semua tetapi agensi yang diamanahkan menjaga Bumiputera walaupun diberi pelbagai kemudahan tetap diurus dengan tidak baik atau tidak faham objektif penubuhan.

“Jadi,perniagaannya itu hanya sekadar kepentingan komersial. Harus ada keseimbangan agenda antara komersial dengan agenda mengangkat Bumiputera agar dapat bersaing dengan adil serta pastikan milik itu tidak terlepas ke pihak lain,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat