“Rakyat sengsara, orang politik berebut nak jadi PM”

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee menggesa pemimpin di negera ini agar berhenti bermain politik.

Menurutnya rakyat miskin ketika ini sedang berdepan dengan kesengsaraan ekoran pendemik Covid-19, berbanding ahli politik yang sibuk mengejar jawatan.

“Kepada pemimpin politik tolong fikirkan nasib dan kesengsaraan rakyat @ golongan miskin yang berdepan masalah COVID19.

“Daripada sibuk berebut jawatan dan tamak haloba dengan KUASA,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook sebentar tadi.

Melalui catatan yang sama Syed Ali turut memuatnaik keluhan rakyat yang dikirimkan kepadanya melalui pesanan aplikasi WhatsApp.

“Asalamuailakum. Saya memerlukan bantuan barangan dapur kerana keadaan kehidupan sangat perit dengan COVID-19.

“Tapi orang politik pula berebut jawatan Perdana Menteri (PM). Mereka yang kaya juga tak fikirkan susahnya orang miskin.

“Kami dibawah amat terasa peritnya. Meraka (pemimpin politik dan orang kaya) tak lalui kehidupan seperti golongan asnaf, rumah kena sewa, sekarang kerja susah.

“Macam mana boleh cukup makanan, apa saja kita guna mesti pakai duit. Kami terpaksa telan. Saya nampak bukan saya seorang, banyak orang susah sekarang ini.

“Nak buat apa untuk dapat duit? Tipu orang, curi, ‘paw’ pada orang kaya, jadi gangster, kerja sebegini banyak. Tapi saya cari dari yang halal untuk makan, tak perlu menipu dan ambil hak orang,” memetik kenyataan di muatnaik tersebut.

Terdahulu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu sidang akhbar khas mengumumkan mempunyai sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Beliau mendakwa mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat