Kes KJ vs Anwar, mahkamah tak benar tangguh lagi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini membenarkan penangguhan terakhir rayuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung tuntutan saman fitnah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan ceramah di Lembah Pantai, 13 tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Lee Swee Seng menegaskan tiada lagi penangguhan diberikan selepas ini jika peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Menteri Kesihatan itu tidak hadir pada prosiding rayuan yang dijadualkan pada 2 November ini.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dan Datuk Darryl Goon Siew Chye memberitahu, jika Muhammad Shafee selaku peguam utama tidak hadir di hadapan panel pada tarikh akan datang, peguam kedua akan berhujah bagi pihaknya.

Memetik Utusan beliau menegaskan, kes di mahkamah bermula sejak 2017 dan panel itu akan menyelesaikannya pada tahun ini juga.

“Walau apapun yang berlaku (come rain or shine, fire or flood, pandemic or no pandemic), rayuan ini akan diteruskan meskipun peguam utama tidak hadir kerana masalah kesihatan,” ujar Hakim Swee Seng pada prosiding yang berlangsung secara dalam talian.

Sebelum itu, peguam Sarah Abishegam yang turut mewakili Khairy memaklumkan, Muhammad Shafee tidak hadir hari ini kerana mengalami rheumatoid arthritis serta sakit pada pergelangan tangan dan bahu.

Menurut Sarah, dia menerima panggilan telefon daripada Muhammad Shafee pada waktu pagi bahawa penyakit lama yang dihadapinya menyerang semula menyebabkan peguam itu tidak dapat mengendalikan rayuan dan terpaksa memohon penangguhan.

Sementara itu, J. Leela yang hadir bagi pihak Anwar tidak membantah penangguhan yang dipohon oleh pihak perayu.

Mahkamah sepatutnya mendengar rayuan Khairy terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM150,000 berkaitan ceramah yang dibuatnya pada 2008.

Pada 29 September 2017, Mahkamah Tinggi memutuskan Khairy memfitnah Anwar dan menolak permohonannya untuk mengubah pernyataan pembelaan.

Pada 19 Februari 2018, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Menteri Kesihatan itu atas sebab teknikal tanpa meritnya didengar.

Bagaimanapun, pada 15 Disember tahun lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Khairy dan mengarahkan Mahkamah Rayuan mendengar meritnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat