Ahli Pertubuhan Peladang kembali berkuasa pilih pimpinan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bermula 1 hari bulan Januari 2021, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah mengembalikan kuasa memilih pemimpin peladang di semua peringkat Pertubuhan Peladang kepada ahli-ahli.

Berikutan kekalahan Barisan Nasional, Kerajaan Pakatan Harapan pada Jun 2018 menerusi  MAFI menggantung operasi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) atas dakwaan masalah serius tadbir urus agensi berkenaan terutama daripada aspek kompetensi, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam barisan kepemimpinannya.

Menurut menterinya ketika itu, Datuk Salahuddin Ayub, perintah penggantungan itu dikeluarkan Pendaftar Pertubuhan Peladang (PP) mengikut Seksyen 20 (1) Akta Akta Pertubuhan Peladang 1973.

Namun pada Januari 2019, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pelantikan pengurusan yang baharu yang dibuat tanpa melalui pemilihan secara undian ahli.

Kerajaan ketika itu membuat peraturan yang diwartakan pada 22 April 2019 dan berkuatkuasa 1 Mei 2019 itu memberi kuasa lantikan AJP kepada menteri.

Salahuddin mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi diumum sebagai Pengerusi AJP NAFAS yang baharu.

Tiga daripada lima Ahli Jemaah Pengurusan (AJP) NAFAS lantikan menteri, tiga daripadanya adalah daripada AMANAH dan seorang daripada PKR. ereka ialah Pengerusi Amanah Perlis, Wan Kharizal Wan Khazim; ADUN Apam Putra, Mohd Hisyamuddin Ghazali; ADUN Mahkota yang juga Ketua AMANAH Simpang Renggam, Muhamad Said Jonit; Ahli Dewan Negara yang juga Ketua Cabang PKR Shah Alam, Dr Yaakob Sapari dan Normah Yusof.

Lima lagi AJP yang merupakan calon simpanan daripada pemilihan AJP Nafas 2016 ialah Datuk Abdul Aziz Derashid, Datuk Ahmad Bhari Abd Rahman, Datuk Tengku Aziz Tengku Jaafar, Abdul Kalam Hassan dan Ishak Taib.

Bagaimanapun perubahan pentadbiran kerajaan pada 2020 menyaksikan Menteri MAFI yang baharu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee membuat keputusan kuasa memilih kepimpinan hendaklah dikembalikan kepada ahli peladang sendiri.

Justeru kuasa pemilihan pengurusan tertinggi kembali diberikan kepada Nafas apabila Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2020  menyatakan bahawa:

“(2) Pengerusi Jemaah Pengarah mana-mana Pertubuhan Peladang hendaklah dipilih melalui suatu undian majoriti daripada jumlah ahli Jemaah dalam mesyuarat pertama Jemaah Pengarah itu dan jika terdapat bilangan undi yang sama banyak, calon-calon yang mempunyai undi yang sama banyak hendaklah mencabut undi untuk menentukan siapa yang akan menjadi pengerusi.

Berikutan pindaan tersebut, pemilihan Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang di semua peringkat (Kawasan Negeri dan Kebangsaan) adalah melalui undian oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang sendiri.

Dalam pemilihan secara demokratik ini, Datuk Zamri Yaakob, Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Pahang baru-baru ini telah dipilih sebagai Pengerusi NAFAS oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan atau NAFAS.

Berita pelantikan Datuk Zamri Yaakob menjadi kontroversi kerana beliau merupakan abang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Namun bertentangan dengan tuduhan sesetengah kumpulan politik bahawa ia lantikan bersifat kronisme, kedudukan Zamri bukan melalui lantikan menteri MAFI.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat