Tokoh Pasaran Saham Negara Meninggal Dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penganalisis terkenal pasaran saham tempatan, Nazarry Rosli meninggal dunia disebabkan pandemik COVID-19 di Hospital Sungai Buloh pada jam 4.26 petang tadi.

Anak keduanya, Ahmad Nabil, berkata Nazarry, 58, mula dimasukkan ke hospital pada 10 September lalu sebelum ditidurkan pada 13 September.

Beliau berkata, kondisi arwah bapanya adalah sangat lemah berikutan penurunan tahap oksigen sehingga membuatkan pihak hospital mengambil keputusan untuk ditidurkan.

“Sebelum arwah ditidurkan, keadaannya sudah sangat lemah dan terpaksa bergantung kepada mesin penafasan.

“Pesanan terakhir arwah kepada kami empat beradik adalah sentiasa bersatu dan bersama,” katanya kepada BH.

Ahmad Nabil berkata, pihak keluarga pada masa ini masih menunggu panggilan daripada Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh bagi urusan pengkebumian.

Beliau mewakili keluarga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa bersama memberi kata-kata semangat sepanjang Nazarry berada di hospital.

Nazarry yang juga Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia sering menjadi rujukan, khususnya dalam kalangan pelabur runcit Bumiputera bagi mendapatkan pandangan berkaitan pasaran saham tempatan.

Beliau yang juga Penasihat Persatuan Penganalisis Teknikal Malaysia (MATA) turut menjadi rujukan pengamal media bagi mendapatkan ulasan berkenaan pasaran modal.

Nazarry berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Tanah dari University of Aberdeen dan bekas pelajar Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban.

Beliau pernah berkhidmat di firma sekuriti saham, Jupiter Securities Sdn Bhd dan Jupiter Research Sdn Bhd.

– Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat