55 peratus populasi Malaysia telah lengkap divaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- 55 peratus populasi penduduk Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, 16 September menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Jumlah berkenaan membabitkan seramai 17,973,545 individu.

Menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, JKJAV memaklumkan seramai 21,783,871 individu atau 66.7 peratus daripada populasi keseluruhan pula sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Sebanyak 202,298 dos vaksin Covid-19 yang merangkumi 62,108 dos pertama dan 140,190 dos lengkap turut diberikan semalam, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 39,685,414 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat