LCS Mungkin Telan Belanja Lebih RM11 Bilion

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) menjangkakan kos pembinaan enam buah Kapal Tempur Pesisir (LCS) bakal menelan kos RM11.145 bilion berbanding peruntukan siling asal RM9 bilion.

Jangkaan ini bersandarkan pertukaran peralatan utama dan juga pelanjutan tempoh penyerahan kapal.

“Jawatankuasa Siasatan menjangkakan kos pembinaan enam buah LCS akan terus meningkat susulan pertukaran peralatan utama yang turut juga melibatkan implikasi masa tambahan penyerahan kapal.

“Berdasarkan surat syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bertarikh 16 Julai 2019, bagi menyiapkan pembinaan keenam-enam LCS memerlukan anggaran tambahan kos sebanyak RM1,416.44 juta yang terdiri daripada kos langsung berjumlah RM58.41 juta dan juga kos tidak langsung berjumlah RM1,358.03 juta ekoran pertukaran peralatan dan Implementation Schedule.

“Kos tidak langsung melibatkan pelanjutan tempo Basic Design, Design Authority, jadual penghantaran peralatan, waranti, insurans dan kos kewangan serta sumber lain.

“Ini menjadikan anggaran keseluruhan kos projek berjumlah RM11.145 bilion (sehingga laporan in dikemukakan kepada Menteri Pertahanan),” dedah laporan itu berhubung projek pembinaan enam LCS yang dinyahklasifikasi dan diterbitkan di portal Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), pada Rabu.

Susulan perkembangan itu, JKSTUPKK mengesyorkan kerajaan untuk meneliti secara mendalam sebelum mempertimbangkan sebarang permohonan oleh Syarikat BNS untuk menambah kos pembinaan bagi menyiapkan enam buah LCS tersebut.

“Kajian cost benefit hendaklah dilaksanakan memandangkan anggaran kos projek akan meningkat melebihi had siling projek berjumlah RM9.128 bilion.

“Bagi mengelakkan kos ini terus meningkat, kerajaan perlu mempertimbangkan sama ada untuk menerukan pembinaan keenam-enam LCS atau mengurangkan bilangannya tertakluk kepada kesan ke atas kos dan masa,” katanya.

Selain itu, JKSTUPKK juga mengemukakan saran kepada syarikat BNS supaya meningkatkan amalan tadbir urus yang baik dalam pengurusan kewangan, perolehan peralatan dan perkhidmatan dengan OEM/pembekal bagi memastikan harga diperolehi ialah value for money untuk kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat