Bukan Mudah Masuk Gaza Melalui Mesir, Pegawai Ustaz Ebit Lew Jawab Caprice

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pegawai Khas kepada ustaz Ebit Lew, Arief Farhanz, tampil menjawab pelbagai tuduhan  yang dilemparkan oleh penyanyi rap, Caprice, berkaitan dengan misi mereka ke Gaza.

Antara yang dijawab oleh Arief Farhanz melalui satu siaran live instagram semalam ialah mengenai kejayaan rombongan Ustaz Ebit Lew memasuki Semenanjung Gaza.

Sebelum ini Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 32, menerusi platform Instagram Stories memberi gambaran ketidakpuasan hatinya terhadap Ustaz Ebit Liew, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Mesir.

Ketidakpuasan hati ini dipercayai berpunca dari kesukaran rombongan beliau untuk memasuki Semenanjung Gaza berbanding rombongan ustaz Ebit Lew.

Menurut Arief Farhan bukan mudah untuk rombongan Ustaz Ebit Lew dapat masuk ke Gaza melalui Mesir. Mereka terpaksa tinggal di Mesir lebih sebulan sebelum diberi kebenaran masuk.

“Mula sekali kita hantar nama kepada kerajaan Mesir. Kita hantar nama setelah dua minggu berada di Mesir. Kita dapat kelulusan seminggu selepas itu. Kemudiannya kita perlu mendapat kelulusan tentera pula untuk memastikan keselamatan terjamin. Hari ke-34 baru kita mendapat kelulusan pihak tentera.”

“Kita dapat masuk Gaza melalui pintu Rafah. Kami merupakan rakyat Malaysia pertama yang berjaya memasuki Gaza melalu pintu ini.” (Nota Editor: rombongan Ebit Lew adalah kumpulan pertama di dunia yang dibenarkan masuk melalui pintu Rafah selepas perang 2021 baru-baru ini.)

Menurut Arief kejayaan misi ustaz Ebit Lew melepasi sempadan Rafah dan menghantar bantuan ke Gaza adalah kerana hubungan baik Mesir dan Malaysia terutamanya melalui Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.

“Beliau selalu ucap terima kasih kepada Datuk Seri Hishammuddin kerana Hishammudin yang banyak membantu ustaz Ebit untuk masuk ke sana.” jelas Arief.

Untuk rekod, sempadan Rafah terletak di antara Mesir dengan Genting Gaza, Palestin. Pintu sempadan Rafah dibina oleh kerajaan Mesir dan Israel pada 1979 selepas Perjanjian Keamanan Israel-Mesir 1979. Sempadan ini beberapa kali ditutup sehinggalah ia dibuka semula pada 2011.

Arief turut mempersoalkan sikap Caprice yang telah mengisytiharkan beliau memasuki Gaza pada hari pertama tiba di Mesir.

“Apa yang beliau lawat pada hari pertama kehadiran di bumi Mesir ialah hospital untuk penduduk Palestin di Mesir, bukannya di Gaza”

Dalam live intagram Arief bersama seorang pelajar Malaysia di Mesir bernama Raydoww, beliau turut memaklumkan ustaz Ebit Lew tidak dapat membawa Caprice masuk bersama kerana beliau datang dengan rombongan lain.

“Caprice ada mesej ustaz untuk sertai rombongan kami. Tapi ustaz tidak dapat bawa Caprice kerana nama beliau tidak disertakan untuk kelulusan dari kerajaan Mesir. Beliau datang dengan rombongan lain.”

Sejak beberapa hari lepas media sosial menjadi saluran Caprice ‘menyerang’ dan menyindir ustaz Ebit Lew. Caprice turut membayangkan kekecewaannya kerana tidak sesiapa dapat membantu beliau masuk ke Gaza. – SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat