Ismail Sabri Arahkan Lif Flat Seri Perantau Pelabuhan Klang Dibaiki Segera

- Advertisement -

KLANG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa berkunjung dan bertanya khabar keadaan penduduk di Flat Seri Perantau, Pelabuhan Klang.

Dalam lawatan itu, Ismail Sabri turut mendengar keluh kesah penduduk termasuk rintihan mereka mengenai masalah kerosakan lif yang sering berlaku di flat berkenaan.

Memahami isu penduduk perumahan awam di 12 buah blok flat itu yang sudah tidak tahan berdepan dengan masalah lif rosak, Ismail Sabri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.2 juta untuk membaiki lif-lif di flat berkenaan.

Lif-lif yang rosak akan dibaikpulih segera demi keselesaan kira-kira 7,000 penghuni melibat 1,656 unit rumah.

Pada lawatan itu juga, Ismail Sabri yang turut diiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ismail Said dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani turut menyampaikan bantuan bakul makanan di bawah program Op Bantu.

Op Bantu yang berupa bantuan bahan keperluan asas diserahkan kepada 20 penerima yang layak seperti yang disenaraikan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).

Bantuan ini diberikan kepada mana-mana individu yang terputus bekalan makanan ekoran kesempitan hidup akibat penularan COVID-19.

Program ini telah dilancarkan pada 6 Julai 2021 oleh Menteri Dalam Negeri bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Di lapangan, Op Bantu diketuai 157 Ketua Polis Daerah seluruh negara dan membabitkan Skuad Aman Wanita (Amanita) di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di peringkat daerah telah ditugaskan untuk menyampaikan bantuan dengan kadar segera kepada mereka yang kritikal terputus bekalan makanan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat