Lima tentera Israel terbunuh kena tembakan kereta kebal pasukan sendiri

- Advertisement -

GAZA – Tentera Israel mendedahkan lima anggotanya berusia antara 20 hingga 22 tahun terbunuh selepas terkena bedilan kereta kebal rejim Zionis itu dalam kejadian yang berlaku dekat utara Gaza petang Rabu lalu.

Siasatan dalaman mendapati, dua kereta kebal melepaskan tembakan ke arah bangunan di kem pelarian Jabalia, tempat tentera berkumpul.

Pasukan Tentera Israel (IDF) dalam kenyataan, memaklumkan bangunan dibedil itu digunakan oleh timbalan komander batalionnya.

“Kelihatan kereta kebal dari pasukan payung terjun ultra-Ortodoks ‘Hatz’ mengenal pasti laras senjata yang keluar dari salah satu tingkat di bangunan itu dan mengarahkan satu sama lain untuk melepaskan tembakan ke arah bangunan itu,” katanya.

Jurucakap IDF, Daniel Hagari, semalam mengakui insiden yang berlaku sangat sukar ketika pihaknya di bawah tekanan operasi sangat rumit dan berada di kawasan sangat sesak.

“Kami berada di tengah-tengah siasatan, kami mengambil iktibar. Menjaga keselamatan pasukan kami adalah tugas utama,” katanya.

Insiden itu berlaku apabila Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, dilaporkan berkata lebih ramai tentera akan memasuki Gaza selepas penilaian situasi dilakukan terhadap sempadan Gaza di Rafah.

“Beberapa terowong di kawasan itu dimusnahkan oleh tentera kami dan terowong tambahan akan dimusnahkan tidak lama lagi.

“Aktiviti ini akan bertambah hebat. Hamas bukan organisasi yang boleh menyusun semula kerana ia tidak mempunyai tentera simpanan.

“Ia juga tidak mempunyai stok bekalan dan tiada keupayaan untuk merawat. Hasilnya adalah kita tumbangkan Hamas,” katanya.

Sewaktu operasi IDF diteruskan, Gallant mencabar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, secara terbuka pada minggu ini mengenai rancangan pasca perangnya untuk Semenanjung Gaza.

Di samping operasi ketenteraan, Galant berkata, penting untuk menubuhkan pemerintahan alternatif di Gaza susulan hampir 20 tahun pemerintahan Hamas yang menjadi objektif penting buat rejim Zionis itu untuk memusnahkan kumpulan terbabit.

“Dengan ketiadaan alternatif sedemikian, tinggal dua pilihan negatif sama ada pemerintahan Hamas di Gaza atau pemerintahan tentera Israel di Gaza,” katanya. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat