Pertandingan pakaian beragam Janda Temerloh dibatal selepas dikecam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pertandingan Pakaian Beragam Janda-Janda Temerloh di Pahang yang dijadualkan berlangsung pada 21 April ini dibatalkan akibat bantahan orang ramai.

Penganjur pertandingan itu yang dikenali sebagai Uncle John berkata, penganjurannya dibatalkan selepas mendapat bantahan daripada beberapa pihak termasuk pemimpin politik sebaik poster program itu tular di media sosial, semalam.

“Pada mulanya, program itu diadakan sekadar suka-suka sahaja dan hanya membabitkan kumpulan karaoke kami bagi memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri nanti.

“Bagaimanapun, poster itu mula tersebar secara meluas di media sosial sehingga ke peringkat pihak berkuasa yang kemudian menghubungi saya supaya membatalkan program berkenaan,” katanya menurut satu laporan portal berita.

Terdahulu, satu poster memaparkan maklumat berkaitan acara itu yang bakal diadakan pada Ahad depan jam 9 malam di Taman Tasik Chatin Mentakab, Temerloh, tular di media sosial, semalam.

Berdasarkan poster itu, penyertaan pertandingan terbabit dibuka kepada wanita berusia 20 tahun ke atas secara percuma dan ‘walk-in’.

Difahamkan jamuan raya turut disediakan dan keputusan oleh juri adalah muktamad dengan hadiah ditaja oleh Uncle John serta seorang lagi penaja dikenali sebagai Mama Zana.

Sementara itu, Exco Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad dipetik berkata, perkara itu di luar pengetahuannya.

Menurutnya, program itu tidak wajar sama sekali dilaksanakan di negeri itu.

“Bantah (pertandingan beragam). Bukan di kawasan saya (Kerdau). Tidak pernah ada kelulusan sedemikian.

“Sebab itu penganjur tak tanya saya, memang tidak akan setuju. Benda ni memang tak wajar,” katanya dalam laporan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat