Parlimen sejuk sangat Covid-19 mudah menular- Najib perli kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak secara sarkastik mendakwa suhu sejuk dalam Dewan Rakyat menyebabkan kerajaan memilih untuk menggantung Parlimen dan mengisytiharkan darurat.

Beliau sebaliknya membidas bahawa langkah kerajaan membenarkan operasi kedai nombor ekor dan kasino kerana virus Covid-19 kurang menyerang di premis-premis berkenaan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian merujuk kepada kenyataan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said yang menulis surat kepada Peguam Negara mengatakan cabang legislatif telah dilumpuhkan akibat keputusan eksekutif untuk menggantung Parlimen.

“Timbalan Speaker perlu faham bahawa Covid-19 lebih mudah menular di tempat sangat sejuk seperti Dewan Rakyat.

“Covid-19 kurang mengancam di kedai 4D dan kasino,” kata Najib sinis. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat