Isytihar darurat lumpuhkan legislatif, surat Azalina kepada AG

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Cabang legislatif telah dilumpuhkan akibat keputusan eksekutif untuk menggantung Parlimen.

Demikian kenyataan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam sepucuk surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Menurut Azalina, ia menyebabkan cabang eksekutif seolah-olah berkuasa secara bebas dalam hal ehwal negara dan tidak dipertanggungjawabkan kepada Parlimen.

Dalam surat itu, Azalina berkata dia bingung mengapa Malaysia sama ada tidak dapat atau tidak mahu berusaha melaksanakan sidang Parlimen seperti negara lain, seperti dengan mengurangkan penyertaan ahli Parlimen, menggunakan waktu sidang yang anjal, mahupun menyiarkan persidangan kamar khas.

“Seolah-olah itu belum memadai, Pejabat Peguam Negara juga telah menasihati kerajaan, dan saya perlu tambah secara membatas, yang semua kegiatan jawatankuasa di Parlimen termasuk jawatankuasa pilihan khas tidak boleh lagi diteruskan walaupun jika dibuat secara maya,” katanya dalam surat berkenaan.

Azalina yang juga ahli Parlimen Pengarang berkata lagi, nasihat yang dibuat oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Siti Zainab Omar itu menghalang ahli Parlimen yang menganggotai jawatankuasa tersebut daripada menyiasat atau meneliti isu-isu berkaitan.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat