Lain Daripada Yang Lain, ‘Plot Twist’ Drama Takdir Yang Tertulis Raih Pujian Peminat

- Advertisement -

Umum sedia maklum bahawa drama Takdir Yang Tertulis telah melabuhkan tirainya semalam. Pengakhiran bagi drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu telah membuatkan rata-rata rakyat Malaysia terkejut kerana ‘plot twist’ yang di luar tekaan peminatnya.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh netizen di Twitter, kebanyakan daripada mereka tidak menjangka plot bagi drama tersebut malah mereka berasa seakan-akan ditipu dengan ‘plot twist’ drama tersebut.

Ramai pihak berasa terkejut apabila mengetahui identiti sebenar bapa Mika malah ada di antara daripada mereka yang berharap akan musim kedua bagi drama tersebut.

 

 

 

 

Pengarah bagi drama itu sendiri telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram di mana beliau tertawa dengan tindak balas yang diberi oleh penonton selepas menonton pengakhiran bagi drama tersebut.

Apa-apa pun, peminat telah memuji pelakon serta jalan cerita bagi drama tersebut yang membuatkan ramai terpaut kerana hasilnya yang lain daripada drama yang pernah diterbitkan.

Bagi anda yang tidak mengikuti drama Takdir Yang Tertulis ini atau kurang jelas, drama ini berkisahkan mengenai cinta, persahabatan, dendam, tamak dan kecurangan. Jika anda terlepas menonton drama ini, anda boleh tonton keseluruhan episod bagi drama tersebut di iflix.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat