Peminat Terkesima Lihat Sharifah Shahirah Selamba Pandu Lotus 311 Bernilai RM640,855 Dengan Baik

Nama Sharifah Shahirah memang tidak asing lagi di dalam industri hiburan tanah air. Ada sahaja celoteh dia kongsikan pada Instagram miliknya yang menjadi bahan gelak ketawa followers yang sudah mencecah 1.3 juta.

Baru-baru ini Sharifah Shahirah telah berkongsi satu video di mana dia keluar memakai topi keledar berwarna pink dan hanya berselipar memandu sebuah sportcar yang menurutnya mahu keluar beli belacan. Sehingga kini video tersebut telah mencecah lebih 563,000 tontonan.

 

“Nak beli belacan pun susah. Kenapalah kereta ini mahal-mahal tapi susah? Wiper tak ada, aircond tak ada, pintu tak ada, bumbung tak ada. Apa pun tak adaLalat ada, nyamuk ada. Denggilah,” itu antara celoteh yang dikongsikan oleh Sharifah Shahirah semasa mahu menaiki sportcar model Lotus 311 (disebut three-eleven).

Kereta sportcar tanpa bumbung dan pintu ini bernilai sekitar RM640,855 tidak termasuk kos-kos yang lain. Difahamkan Lotus mengeluarkan model ini terhad kepada 311 unit sahaja dan hanya ada 2 unit yang sudah berdaftar di Malaysia.

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan komen-komen netizen yang terhibur dengan telatah Sharifah Shahirah dan dalam masa yang sama mereka kagum melihat dia boleh memandu kereta tersebut dengan baik walaupun dia sudah lama tidak bawa kereta manual.

vocket-sharifah-shahirah-lotus-311-8

vocket-sharifah-shahirah-lotus-311-4

vocket-sharifah-shahirah-lotus-311-5

Sekiranya anda perasan pada bahagian sisi kiri dan kanan kereta terdapat pelekat yang tertulis ‘Kenderaan Berat Ikut Kiri’. Kereta Lotus 311 ini telah digunakan sebagai ‘kereta marketing’ untuk sebuah filem romantik komedi arahan Jefry Talib dibintangi Syafie Naswip dan Sweet Qismina.

Untuk pengetahuan anda, kereta Lotus 311 ini sebenarnya milik pengarah filem romantik komedi yang akan ditayangkan pada 18 Februari ini melalui siaran Astro First. Anda boleh lihat info lebih lanjut di Facebook dan Instagram ‘Kenderaan Berat Ikut Kiri’.

Apa pun, kami tabik Sharifah Shahirah yang tenang ketika memandu kereta ini. Pergi kedai beli belacan itu mungkin sekadar jenaka di depan kamera.

The Vocket

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Azira, Sharnaaz makin rapat?

KUALA LUMPUR: Cinta memang indah dan wangi untuk disulam, namun ia belum tentu menjanjikan kebahagiaan. Tidak semua kisah percintaan nan indah berakhir di jenjang...

Reno5 F peranti moden kelas pertengahan buat pengguna

JENAMA telefon pintar global, OPPO melancarkan siri terbaharu, OPPO Reno5 F iaitu peranti pertengahan dilengkapi dengan ciri foto dan video baharu serta pengecasan pantas...

Pakcik botak tu bukan Joe Flizzow

Kuala Lumpur: "Pak cik botak tu bukan gua, siot!". Itu kata penyanyi hip hop popular, Joe Flizzow, 42, berikutan kecoh di media sosial dirinya...