Garam disangka serbuk penaik

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Zara Zya terpaksa membuang 32 biji kek yang siap dimasak disebabkan kesilapan membubuh garam yang disangka serbuk penaik atau ‘bicarbonate soda’.

Zara, 36, atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, ia kesilapan sendiri yang menyedihkan, tetapi pengalaman paling manis buat dirinya dan takkan dilupakan.

“Menangis saya, apabila garam saya ingatkan ‘bicarbonate soda’. Masin semasin masinnya kek saya dan terpaksa buang 32 biji.

“Meskipun sedih dan tergeliat saya nak mulakan semula, tapi ini pengalaman paling manis buat saya. Walaupun ketawa dalam air mata,” katanya.

Mengulas resipi kek cokelat dan kek pisang itu, Zara berkata ia resipi air tangan ibunya yang dikongsi kepada pelanggan yang berhasat menikmatinya.

“Saya menjual dengan harga berpatutan dan semua tempahan diterima, saya buat sendiri kerana sudah mahir membuat kek sejak masih kanak-kanak.

“Sebenarnya, saya sudah belajar daripada mama untuk resipi ini dari usia 12 tahun. Jadi, kini saya ambil peluang menjualnya pula.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana Januari lalu dan aktiviti penggambaran tidak dibenarkan, saya ada masa di rumah serta cubalah ambil tempahan pelanggan,” katanya yang meletak harga RM10 dan RM15.

Terdahulu, sejak tahun lalu Zara Zya agak aktif dalam perniagaan apabila mengusahakan Zarazyacooks yang menjual pelbagai aneka makanan enak secara tempahan dalam talian dan mendapat sambutan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat