PRK Batu Sapi: Pengundi, Petugas SPR Bimbang Situasi Semasa COVID-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Batu Sapi perlu diteliti berikutan keadaan pandemik COVID-19 di Sabah selain tiada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ingin bertugas berikutan bimbang dengan keadaan di situ.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh SPR juga perlu dilihat semula bagi memastikan kelancarannya.

“SPR telah keluarkan SOP tetapi ada masalah di mana tiada petugas sewaktu PRK berlangsung dan saya difahamkan daripada 10 pusat pengundi cuma ada satu petugas yang mempunyai senarai penuh.

“Tiada siapa yang berani kelaur dalam keadaan Sandakan masih berisiko termasuk sekolah-sekolah dan guru pastinya tidak benarkan sekolah digunakan kerana bimbang penularan berlaku walaupun telah disanitasi.

“Bagi yang positif memang kita tidak benarkan keluar mengundi tetapi yang boleh mengundi pasti risau untuk keluar, kita serahkan perkara ini kepada SPR,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Agenda AWANI.

Mengulas mengenai apa yang telah berlaku ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dahulu, Ismail Sabri berkata keadaan ketika itu perlu dijadikan pengajaran buat semua pihak khususnya ahli politik yang terlibat.

Menurutnya lagi, SOP telah dikeluarkan pada ketika itu akan tetapi sejauh mana tahap kepatuhan orang ramai termasuk mereka yang terlibat.

“Waktu dulu (PRN sabah) kita ada tetapkan SOP tetapi berapa ramai yang ikut, sama juga sewaktu berkempen, hanya satu atau dua orang yang boleh masuk rumah tetapi kita lihat penuh juga.

“Ahli politik dia ingin menang jadi meraka akan buat apa sahaja untuk menang dan dari segi perhimpunan ramai juga tiada penjarakan sosial akhirnya PRN Sabah mengajar kita sesuatu perkara perlu dilakukan,” katanya lagi.

PRN Sabah pada September lalu turut mendapat respon daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah apabila pihaknya tidak menolak kemungkinan PRN Sabah menyumbang kepada gelombang ketiga penularan COVID-19 – Astro Awani.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,547FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat