RCEP Boleh Jadi Penyelesaian Asia Untuk Pulih Daripada Pandemik

RUU Perbekalan Belanjawan 2021 Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Lulus

CYBERJAYA: Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan satu lagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli berjumlah RM2.1 bilion. Pada sesi...

PKPB dilanjutkan atau sebaliknya, pakar berbeza pandangan

KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan awam berbeza pandangan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri yang akan berakhir 6 Disember ini, wajar...

Dr Mahathir tawar diri jadi saksi kes saman ‘Langkah Sheraton’

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menawarkan dirinya menjadi sebagai saksi di mahkamah berhubung tindakan 10 pengundi Parlimen Gombak mengambil...

RUU Perbekalan Belanjawan 2021 Kementerian Pembangunan Luar Bandar Lulus

CYBERJAYA: Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Luar Bandar (KPLB) diluluskan oleh Dewan Rakyat, sebentar tadi. Kelulusan bagi KPLB diluluskan melalui undian suara setelah...

PM jumpa Zahid dan Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Dalam atmosfera ledakan krisis politik kerajaan Perikatan Nasional (PN) namun, kelihatan tiga tokoh pemimpin utama parti politik ini berbincang dalam suasana...

KUALA LUMPUR: Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) mungkin mampu menjadi penyelesaian Asia untuk pulih daripada kemerosotan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik COVID-19, kata HSBC Bank Malaysia Bhd (HSBC Malaysia) pada Ahad.

Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia, Stuart Milne berkata walaupun perdagangan antarabangsa terus menghadapi ketidakpastian, pemeteraian RCEP menekankan keyakinan terhadap keterbukaan pasaran, yang seterusnya akan memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.

“Perdagangan intra-Asia, yang sudah pun bersaiz lebih besar berbanding perdagangan Asia dengan Amerika Utara dan Eropah digabungkan, akan terus menguasai pertumbuhan ekonomi global serta mampu menarik pusat ekonomi ke arah Asia.

“Kami berharap anggota RCEP akan membina kemajuan yang telah mereka buat dan seterusnya membebaskan perdagangan serta pelaburan di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Perjanjian RCEP telah dimeterai pada Ahad lepas, selepas melalui 31 pusingan rundingan sejak lapan tahun lalu.

Pemeteraian RCEP, yang merupakan perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia (FTA), mewakili pencapaian penting dalam integrasi dan pemulihan ekonomi 15 pihak yang terlibat.

Menurut Milne, Malaysia boleh mengukuhkan lagi hubungan perdagangan dan ekonomi rentas sempadannya dengan rakan RCEP, memandangkan negara ini berkedudukan strategik sebagai pintu masuk ke negara anggota ASEAN serta RCEP.

“Dengan akses pasaran yang lebih besar, perniagaan Malaysia berpeluang untuk berkembang di peringkat serantau dan seterusnya.

“Di samping itu, kami menantikan lebih banyak pelaburan memasuki negara dan rantau ini secara keseluruhan, kerana banyak syarikat asing sedang memindahkan fasiliti pengeluaran mereka ke ASEAN memandangkan keberkesanan RCEP untuk dijalinkan dengan FTA,” kata Milne.

HSBC yang melihat Malaysia sebagai pasaran strategik utamanya amat komited untuk berkhidmat kepada perniagaan Malaysia dan membantu membangunkan negara sebagai hab pelaburan di rantau ASEAN, tambah Milne.

Beliau menjelaskan HSBC memberi tumpuan ke arah mempercepatkan pertumbuhan francais kumpulan itu di Asia serta rangkaian perbankan antarabangsanya bagi menyediakan akses kepada lebih daripada 90 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar global, perdagangan dan aliran modal.

“Rangkaian ini meliputi koridor perdagangan dan zon ekonomi terbesar serta terpantas di dunia dan akan dapat menyokong pelanggan untuk menawan peluang di rantau ini,” kata Milne.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

BNM sedia kemudahan TRRF dan MEF untuk bantu PKS

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberikan maklumat lanjut tentang pelaksanaan dua dana untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19...

Bursa Malaysia Melonjak 39.55 Mata Hari Ini

KUALA LUMPUR - Saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh pada Selasa seiring pasaran serantau yang positif berikutan sentimen itu didorong oleh data China yang...

Bursa Malaysia pulih, dibuka naik 17.46 mata

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan bulan terakhir 2020 dengan sentimen lebih positif apabila para pelabur terus memburu kaunter-kaunter yang terjejas susulan aktiviti penjualan...