Pertumbuhan ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada 5.3 peratus pada suku ketiga

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga tahun ini berbanding 6.0 peratus pada suku kedua, didorong prestasi positif hampir semua sektor ekonomi kecuali perlombongan dan pengkuarian.

Menurut dokumen Anggara Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Awalan Suku Tahun Ketiga 2026 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan (DOSM), pertumbuhan ekonomi untuk tempoh Januari hingga September tahun ini mencapai 5.5 peratus mengatasi 4.8 peratus yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

“Sektor perkhidmatan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara dengan berkembang 5.4 peratus berbanding 5.9 peratus pada suku kedua.

“Prestasi itu disokong subsektor perdagangan borong dan runcit, maklumat dan komunikasi serta kewangan dan insurans.

“Sektor pembuatan pula mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh sebanyak 7.5 peratus berbanding 7.3 peratus pada suku sebelumnya, didorong industri berorientasikan eksport, khususnya produk elektrik, elektronik dan optikal serta produk petroleum, kimia, getah dan plastik,” demikian menurut kenyataan itu.

Laporan itu menyatakan sektor pembinaan berkembang 6.0 peratus berbanding 6.5 peratus pada suku kedua disokong aktiviti pembinaan bangunan bukan kediaman, terutama projek pusat data, serta aktiviti pembinaan pertukangan khas.

Sektor pertanian turut menunjukkan pemulihan apabila mencatatkan pertumbuhan 1.3 peratus selepas menguncup 3.7 peratus pada suku sebelumnya.

Pemulihan itu didorong prestasi subsektor kelapa sawit dan ternakan.

Bagaimanapun, sektor perlombongan dan pengkuarian menguncup 4.9 peratus pada suku ketiga berbanding pertumbuhan 9.2 peratus pada suku kedua, terutama akibat penyusutan dalam subsektor minyak mentah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat